Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 20, 2017

Kenyataan Panas!! : Najib-Umno akan bertemu 'ajal'

Salahuddin ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Pandan Dalam malam tadi.Salahuddin ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Pandan Dalam malam tadi.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menjangkakan dua penggal pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Umno dijangka akan berakhir setelah melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat Menteri Tugas-tugas Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Najib telah bertemu saat ajalnya...kerana tanda ajal Najib dan Umno apabila dia melantik sepupunya menjadi menteri tugas-tugas khas.
"Sudah ada 8 menteri di Jabatan Perdana menteri. Yang jaga agama, jaga parlimen, jaga mahkamah sudah bertindih...tak cukup 8 kena ada seorang lagi," ujarnya ketika brucap pada Ceramah Umum Pakatan Harapan 'Undur Najib Selamat Malaysia' yang diadakan di Kampung Pandan Dalam,malam tadi.
Salahuddin berkata, Presiden Umno itu tidak mahu berterus terang mengenai hubungan yang kurang baik dengan Naib Presiden merangkap pemangku Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Cakaplah terus terang nak buang Zahid kan senang. Nak lantik Hisham untuk apa?," soanya lagi.
Justeru beliau mencabar Najib untuk senaraikan tugasan jawatan yang disandang Hishammuddin itu.
"Saya cabar senaraikan tugas-tugas khas itu apa?
"Kata Hisham tugasnya memantau keselamatan di Sabah.
"Awk (Hishammuddin) Menteri Pertahan ada segala kelengkapan ketenteraan boleh arahkan seluruh kekuatan untuk menjaga Sabah.
"Sebenarnya, jawaban dia (jawaban Hishammudin) satu sindiran besar kepada Najib.
"Najib merasakan ajal nak sampai mungkin nak berhenti. Jadi untuk memastikan jika dia berhenti dia tidak masuk penjara Sungai Buluh jika ada Hisham.
"Ada pula orang beritahu saya, dia bermimpi bilik Anwar, Najib yang masuk...itu mimpi dialah nak percaya boleh, tak mahu percaya pun boleh," selorohnya disambut gelak ketawa lebih kurang 1,000 hadirin.
Turut hadir menyampaikan ceramah umum Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad,Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Adun Teratai Tiew Wey Keng.
Hadir sama Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Rashid Asaari dan Ketua Bersatu Bahagian Pandan Hazli Razali.
Dalam ucapannya juga Salahuddin menyentuh mengenai kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Pakatan Harapan akan membantu untuk menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Beliau turut menyebut Pas yang tidak mahu bersama Pakatan Harapan dianggap gabungan itu sebagai parti kawan BN.
"Parti yang mahu bersama dengan kita, kita namakan Pakatan Harapan... yang tidak mhahu dengan kita, itu parti kawan BN.
"Kezaliman Najib tidak ada tolok bandingnya. Tidak boleh terampun.
"Tugas kita bebaskan negara pada kezaliman sama ada agamawan atau bukan agamawan.
"Kezaliman pemimpin yang zalim dibantu oleh agamawan yang korup.
"Ini kita kena hentikan. Kita ada matlamat Pakatan Harapan untuk bebaskan negara dari kezaliman denganurus tadbir yang lebih baik untuk anak cucu kita," ujarnya.
Justeru katanya, dengan gabungan PKR,DAP,Amanah dan Bersatu terletaknya harapan rakyat untuk menamatkan kekuasaan Umno-BN.
"Hanya Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN dalam PRU akan datang.
" Mereka ada sejuta kekuatan dan berbilion ringgit serta mereka boleh mengerahkan tenaga pegawai-pegaawai kerajaan untuk bersama mereka, tetapi apa yang ada pada kita?
"Pada PKR, DAP,Amanah dan Bersatu...kita ada perpaduan kukuh untuk menentang Umno-BN.
"Walaupun kita pada hari ini berhadapan cabaran dan rintangan kita percaya rakyat bersama dengan kita," ujarnya yang mengakui 52% undi popular Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak mencukupi untuk menumbangkan Umno-BN.
"Sesiapun mengakui itu tidak cukup. Iklan : http://jomservis.blogspot.my/
"InsyaAllah kita mahu semua menang. Sekiranya kita tidak ada 52 % kita tidak akan boleh menang kerana negara amalkan 'first past the post yang akan menjadi pemerintah.
"Oleh itu kita saling memerlukan dan saling hormat menghormati untuk bersama bekerja demi masa depan Malaysia," ujarnya.
Barisan pemimpin Pakatan Harapan (dari kiri) Hazli Razali, Datuk Rashid Asaari, Salahuddin Ayub, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Tiew Wei Keng.Barisan pemimpin Pakatan Harapan (dari kiri) Hazli Razali, Datuk Rashid Asaari, Salahuddin Ayub, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Tiew Wei Keng.
 mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

18 ulasan:

  1. Itu yang PH mahukan selama ini, jadi PH tak perlu lagi bersusah payah untuk menjatuhkan najib kerana najib akan menemui ajalnya, bairkan PAS saja yang menentang umno/BN pada PRU 14 nanti sebabnya, hanya PAS saja yang nak menjatuhkan umno/BN.

    BalasPadam
  2. Takkan nak serahkan negara pada PH yang mempunyai ramai pemimpin melayu yang membuat kerosakan dan pemimpin kafir yang menentang Islam. Tambah parah jadinya, pilih lah PAS yang integritinya tiada bandingan.

    BalasPadam
  3. Salam 1Malaysia buat admin,

    Tidak berminat ke nak ulas cerita sensasi pemimpin muda DAP merangkap CEO Maqasid Syariah yang terpalit dengan maksiat dan bercumbuan secara terbuka sehingga menjadi kegelisahan pada ahli DAP?

    CEO Maqasid Syariah ni tak tahu ke prinsip dan kemahuan Maqasid Syariah, kalau tak tahu kenapa jadi CEO?

    Kepada seluruh ahli dan penyokong PH, cuba lah bagi sikit ulasan dan hujah yang bernas kenapa CEO Maqasid Syariah sendiri yang terpalit dengan gejala yang tidak senonoh dan tidak bermoral ni?

    CEO dah jelaskan pada Presiden Maqasid Syariah berkenaan perkara ini dan CEO pulak mengatakan bahawa gambar itu palsu.

    CEO dah berjaya memperbodohkan dan memperkudakan pemimpin dan penyokong PH dengan Maqasid Syariahnya, sehingga semua pemimpin, penyokong dan juga ulamak PH dah jadi macam " vidoe game " apabila dimasukkan duit tekan start button baru bersuara. Itulah kehebatan PH yang dilaungkan selama ini, apa bezanya dengan umno/bn?

    BalasPadam
  4. Jgn nak burukkan orgje, moktar snake dgn btg snakenya siap ditayang lg ikut islamke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan nak samakan kesalahan orang lain apabila pemimpin sendiri yang terpalit dengan maksiat yang memalukan, yang salah tetap salah jangan membabi buta menyokong perbuatan terkutuk mereka, cari lah pemimpin yang berakhlak mulia.

      Lagi satu, apa dah jadi dengan pemimpin muda PKR yang mengumpulkan harta kekayaan dengan pengubahan wang haram, aktiviti maksiat dan keganasan, kenapa semua diam membisu, beli banglo dengan harga 1.2 juta secara tunai, ini ke pemimpin yang korang agung-agungkan?

      Terserlah sudah ramai dari kalangan pemimpin PH yang terpalit dengan rasuah dan kerosakan akhlak. Tiada beza pun dengan umno/bn atau mungkin PH lebih teruk dari umno/bn.

      Padam
    2. Salahka mengumpul harta?yg salah terima dedak 90juta jelas rasuah tp pemimpin konon islam pelahap smpi ikut jer pgung najib.

      Padam
    3. Kahkahkahkah......dah kena batang idung pemimpin sendiri semuanya jadi tak salah, semuanya telah disucikan, pengubahan wang haram jadi halal, aktiviti maksiat dihalalkan, keganasan jadi tidak ganas, asal saja mereka pemimpin dari kalangan PH semuanya jadi maksummm.......kahkahkahkah......hancur la Mesia.

      Padam
    4. Salah ka terima duit rm1 billion dari israel mcm yg si razali dakwa tu?

      Padam
  5. Pas: parti akan saman....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas: parti ahli syaitan

      Padam
    2. Pas parti ahli seks

      Padam
    3. Pas parti ahli sontot

      Padam
    4. Pas parti Audivellfirerangeroverminicooper Se-Malaysia

      Padam
    5. Itu baru keta bukannya banglo mewah di ampang dan banglo tanpa kolam di penang.. dah jadi kes sprm pun.. ada ke org pas kena kantoi dgn sprm.. ramaaaiii.. tapi sape ekk? ... macam takde pulak keh keh..

      Padam
    6. Biarla dia ada banglo..apasalahnya...nik abduh ada mini cooper pastu tantawi ada vellfire pun xsalah.yg salah nya menfitnah tolak hudud tp xda video matsabu tolak hudud tu pun smpi skrg... Maa video nya

      Padam
    7. Masalahnya rasuah lah bangang.. sampai kena reman.. senang betul jadi kaya.. lepas ni sape nak kaya jom join PH..

      Padam
  6. PAS parti ahli syurga in shaa Allah
    PAN parti ahli neraka mudah2an..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...