Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 09, 2014

Anwar Ibrahim tidak burukkan imej negara

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


SHAH ALAM - "Bukan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memburukkan imej negara", kata Adun Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dakwanya, percanggahan fakta mengenai insiden MH370 berpunca daripada pihak berkuasa sehingga menyebabkan timbulnya tanda tanya umum.

"Anwar dikatakan telah menjatuhkan imej negara kerana menanyakan bagaimana SOP (prosedur operasi standard)...berdepan bencana di negara (isu MH370).

"Cara reaksi kerajaan berhubung tragedi di peringkat awal yang sebenarnya menjadi tanda tanya. Percanggahan fakta  yang diberikan," katanya ketika berhujah di sidang Dun Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menekankan bahawa Anwar dipanggil media antarabangsa bukan memanggil untuk diwawancara.

"Anwar diwawancara media (antarabangsa) berbanding Perdana Menteri, beliau memangil media...itu pun tak menjawab soalan," katanya.

Sementara itu dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini  suasana agak tegang apabila beberapa Adun daripada pihak pembangkang cuba mencelah ketika Wan Azizah sedang berhujah namun tidak diberi laluan.

Timbalan Speaker Dun, Nik Nazmi Nik Ahmad mengawal keadaan tegang itu namun Adun Kuang (BN) , Abdul Syukur Idrus mempertikaikan tindakan Nik Nazmi yang dilihat meninggikan suara tanpa alasan.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...