Selasa, April 22, 2014

Anwar Ibrahim tarik diri tanding presiden PKR

 

  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.

Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.

Johari berkata, JPP menerima surat itu pada 19 April lalu daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang.

"Ketika sidang media (JPP) terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri.

"Tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian saudara Karpal dan kes mahkamah lain (menyebabkan ia tidak diumumkan)," kata beliau.

Johari berkata, Anwar bagaimanapun tidak menyatakan sebab penarikan dirinya.

Beliau kemudiannya membaca surat satu muka itu di hadapan para wartawan yang hadir. 


mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng