Rabu, April 30, 2014

[ Kenyataan media ] Pemberhentian catuan air Selangor

Anwar Ibrahim 

Dalam tempoh seminggu dari 23 April 2014 hingga hari ini 29 April 2014, jumlah takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat dari 38.97% (89.63 juta meter padu air) kepada 40.23% (92.53 juta meter padu air).

Walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42% takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, saya menyarankan Kerajaan Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi.

Pada masa yang sama, saya menyeru penduduk di Lembah Klang supaya menggunakan air secara berhemah dan mengurangkan penggunaan seperti membasuh kereta yang terlalu kerap, melaporkan paip pecah secepat mungkin dan lain-lain agar penggunaan air dapat dikawal.

Ini memberi ruang kepada Kerajaan Selangor dan pihak yang bertanggungjawab membuat unjuran semula menggunakan kadar penggunaan air yang lebih rendah bagi mengelakkan catuan yang berpanjangan di masa hadapan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN
29 April 2014

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng