Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak
permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadapnya.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus
Sharif, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan kes itu
dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Beliau juga memerintahkan Anifah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
Perbicaraan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid dijadual selama tujuh hari bermula 8 April.
Pada 27 Mei, 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasitinya secara
peribadi dan rasmi dan Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam
sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat
ketika itu Hillary Clinton.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa bahawa dakwaan Anifah
adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas
dalam media tempatan dan asing.
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 6 Januari 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara
membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan
untuk menggugurkan saman itu.
Mahkamah Rayuan pada 25 Jan, 2013, membenarkan rayuan Anwar untuk
menghidupkan semula saman terhadap Anifah atas kapasiti peribadi.
Mahkamah (Mahkamah Rayuan), bagaimanapun menolak rayuan Anwar untuk
menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi sebagai
Menteri Luar dan juga terhadap Kerajaan Malaysia.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah manakala Anwar diwakili peguam R Sivarasa. mk
Senarai Blog...Geng
-
Izzah lawan Zuraida, Husam lawan Azmin PRU15?
-
FAZLI RADZIParlimen Ampang dan Gombak dijangka bakal menjadi tumpuan pada
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk ‘mengajar’ dua bekas pemimpin PKR
yang men...
29 minit yang lalu
-
Siti Hasmah Jelaskan Kenapa Beliau Terima Vaksin Bukan Atas Kapasiti Isteri MP Langkawi
-
PETALING JAYA: Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Ahli Parlimen Langkawi
menjelaskan bahawa dirinya menerima suntikan vaksin Covid-19 bukan atas
kapasit...
45 minit yang lalu
-
WOIIII...JANGAN MARAH ..NANTI KENA JUAL....BUKAN TEPI TAPI DUDUK SAJA....
-
[image: Panas! PAS bengang Pemuda UMNO kata Hadi Duta Timur Tepi]
Panas! PAS bengang Pemuda UMNO kata Hadi Duta Timur Tepi
March 9, 2021
Ya, saya ter...
54 minit yang lalu
-
Isteri sebak, suami buat tiga kerja untuk belikan laptop terpakai
-
SEORANG suami berusia 25 tahun terpaksa melakukan tiga kerja untuk
mengumpul wang bagi membelikan sebuah laptop terpakai untuk isterinya yang
bertugas seba...
2 jam yang lalu
-
MUHYIDDIN YANG BISU, KAKU TERBUKTI TIADA KEMAMPUAN SEBAGAI PERDANA MENTERI
-
Kenapa ramai yang menyerang dan menghentam Muhyiddin Yassin? Adakah
semata-mata kerana pengkhianatannya terhadap PH dan caranya membentuk
kerajaan PN mel...
3 jam yang lalu
-
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Di Empat FELDA Tamat Lebih Awal !
-
KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda
Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran,
Pahang yan...
17 jam yang lalu
-
Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan
-
*SUSUPAN PAGI*
SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya *empat buah *parti
sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusn...
6 hari yang lalu
-
-
Susu NILOFA
-
*Ada berminat nak beli KLIK SINI*
Seminggu yang lalu
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN.
-
Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg
kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan
kewangan...
4 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia
-
*WaLlahu 'Alam*
*KHALID SAMAD*
www.khalidsamad.com
9 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
-
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. J...
3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang yan...
3 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...