Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, April 17, 2014

Karpal singh hero lawan penindasan dan ketikakdilan, kata Anwar Ibrahim.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai hero melawan penindasan dan ketakadilan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri awal pagi tadi.

Anwar (gambar) berkata negara kehilangan seorang tokoh yang berdedikasi.

"Karpal Singh adalah hero kami, walaupun jasadnya telah pergi tetapi semangat beliau akan sentiasa bersama kami," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Rakyat kehilangan seorang pembela yang berani dan mulia mempertahankan kebebasan asasi mereka."

Anwar juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

"Sekali lagi, Azizah dan keluarga saya mengucapkan takziah kepada Gurmit Kaur, Gobind, Ram dan seluruh ahli keluarga mendiang.

"Semoga tabah menghadapi saat genting ini," kata beliau.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1.10 pagi itu dikatakan berpunca apabila kenderaan pelbaga guna yang dinaiki Karpal berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter seberat lima tan.

Kemalangan itu berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan. Lima penumpang berada di dalam MPV itu termasuk pemandu dan ada tiga individu di dalam lori.

Mereka yang berada di dalam MPV termasuk anak lelaki Karpal, Ramkarpal; pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius; pembantu rumah warga Indonesia dan pemandu, C Selvam.

Selain pemandu lori, penumpang di dalam lori termasuk Nur Azlina Ahmad, 23, dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah.

Karpal dan Michael dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian, dan pembantu rumah itu mengalami beberapa kecederaan. – 17 April, 2014.

tmi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive