Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, April 26, 2014

[ Isu hudud ] Sebagai orang Islam kita tidak berhak untuk menolak hukum yang ditetapkan ALLAH

 Dr Muhammad Nur Manuty

IPOH -  Pelaksanaan hukum hudud di negara ini perlu mengambil masa yang lama bagi memastikan masyarakat benar-benar faham mengenainya.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, isu hudud hanya boleh diselesaikan tanpa pendekatan politik.

Katanya, ia memerlukan konsultasi dan rundingan yang panjang oleh orang-orang yang berwibawa untuk merealisasikannya.

“Sebagai orang Islam kita tidak berhak untuk menolak hukum yang ditetapkan ALLAH.

“Malangnya ada pemimpin tertinggi negara yang sinikal tentang hudud dengan secara langsung memberi gambaran tidak baik kepada hukum ini kepada orang bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Nur berkata, secara realitinya, persiapan perlu dibuat teliti dengan memastikan rakyat benar-benar faham tentang hudud itu.

sh

1 ulasan:

  1. Ungkapan " persiapan rapi perlu dibuat, bla, bla, bla, bla ..... sebelum hudud dilaksanakan" sudah dianggap basi dan meloyakan. Ia hayalah dalih2 murahan untuk sengaja tidak mahu hudud ditegakkan. Nabi saw sudah melaksanakannya lebih 1400 tahun lalu dan khalifah2 Ar-Rasyiddin telah melaksanakannya beratus malahan lebih seribu tahun sehinggalah empayar Islam jatuh. Buat masa ini Hudud terlaksana di beberapa buah negara islam di Asia Barat. Jadi persiapan apa lagi ni??? Yang jadi penghalang besar cuma kekotoran dan najis yang telalu tebal menempel dalam hati dan jiwa pemimpin2 dan rakyat islam di negara ini. When there is no will sampai kiamat pun akan kata no way. Besok ketua2 agama dan pemimpin2 islam yang berkuasa tolong jawab depan Allah RabulJalil.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive