Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 17, 2014

[ Isu Hudud ] Hormat walau beza pendapat, bukan terus tolak seperti Umno - Anwar Ibrahim

Anwar_Ibrahim

PETALING JAYA 16 APRIL : Selaras kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berhubung ketetapan untuk melaksanakan hudud di Kelantan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat.

Kata Anwar, pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan undang-undang tersebut di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan diantara Pas, DAP dan KEADILAN.

“Mesyuarat perakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993, sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. KEADILAN dan Pas menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini,
“Walaupun isu ini ada perbezaan, tapi di Kelantan, KEADILAN dan Pas berikan pertimbangan kerana dah luluskan lama.

“Kita tahu DAP berbeza pendirian mereka. Tapi ia tidak menghalang.

“Malah Menteri Besar Kelantan setuju beri penerangan dengan lebih jelas berhubung hudud kepada pimpinan Pakatan Rakyat,” kata Anwar mengulas kenyataan Hadi semalam yang dikatakan akan melaksanakan hudud di Kelantan.

Jelasnya lagi, walaupun sebelum ini perlaksanaan tersebut mendapat tentangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, Anwar berkata pendirian parti itu perlu dihormati sebagai sebuah parti Islam yang memperjuang serta menegakkan syariah termasuk inisatif yang dilakukan sejak 1993.

“Ini berbeza dengan inisiatif Umno. Umno menggunakan isu ini untuk mengalih pandangan dari isu rasuah, kelemahan dalam mengurus negara termasuk MH370.

“Ada tokoh Umno jerit isu hudud, tapi diam isu Kasino. Bagaimana kita nak bicara soal hudud dalam masa sama diam dalam isu kasino? Orang Umno tidak jawab isu ini.

“Kalau pemerintah itu zalim, Mahkamah Syariah pun tidak bebas seperti kes saya, tapi tidak semua hakim.

“Kalau ini pun tak dapat dijamin, kalau rasuah berleluasa, perkauman sempit berterusan, membolot kekayaan, nak cakap pasal hudud?

“Hudud adalah aspek Syariah yang menjamin keselamatan keadilan dan tatakelola yang baik.

“Walaupun kita berbeza pendapat, tapi kita tidak menentang seperti yang Umno lakukan,” kata Anwar.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...