Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin
Mulia berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MP Bukit
Gelugor Karpal Singh kekal status mereka sebagai anggota Dewan Rakyat.
Keputusan itu dibuat selepas Karpal Singh membangkit mengenai statusnya
dan Anwar (PKR-Permatang Pauh) pada 31 Mac lalu, selepas mereka didapati
bersalah oleh mahkamah dan hukuman yang dikenakan boleh menggugurkan
hak mereka sebagai ahli parlimen.
"Memandangkan kedua-dua mereka telah memfailkan rayuan ke peringkat
mahkamah yang lebih tinggi, sabitan hukuman belum ditentukan lagi, maka
status mereka kekal sebagai ahli Dewan Rakyat," kata Pandikar selepas
sesi soal jawab lisan tamat.
Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan pula membatalkan keputusan Mahkamah
Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat
bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa
Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Sehubungan itu, Anwar dihukum penjara lima tahun dan membenarkan
penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah
Persekutuan dan dikenakan ikat jamin RM10,000.
Sementara pada 11 Mac lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan
hukuman denda terhadap Karpal atas kesalahan menghasut bahawa tindakan
boleh diambil terhadap Sultan Perak ekoran pertukaran Mohammad Nizar
Jamaluddin sebagai menteri besar pada 2009.
Seksyen 4 Akta Hasutan memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau
penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Anwar dan Karpal
telah memfailkan rayuan terhadap sabitan mereka.
mk
Khamis, April 10, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Survei Kata BN Pilihan Utama PRU-15 Ini? - Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan utama pengunjung dalam kaji selidik Siapakah pilihan anda dalam PRU-15 yang dijalankan oleh portal UtusanTV. Dalam...8 minit yang lalu
-
Umno minta cerai, Bersatu mesyuarat petang ini - Malaysiakini Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini, maklum Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.Katanya, kedudukan Umno dalam ...14 minit yang lalu
-
KEADILAN perlu terus berjuang, maruah dan harga diri tiada gantinya - POSTED BY AMIR WRLR Abang Dzulkefly dari KEADILAN Mukah menyeru semua ahli parti yang dianggotainya supaya meneruskan perjuangan yang dilaungkan sebelum...2 jam yang lalu
-
ANNUAR MUSA SENGAJA CARI SENSASI ISU LAMA, LEBIH BAIK SAJA MASUK BERSATU SEGERA - Sekali lagi Annuar Musa cuba mencari sensasi dengan mendedahkan isu kandungan surat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu merangkap P...6 jam yang lalu
-
Bekalan Dos Habis Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Bukanlah Di Sebabkan ‘Potong Barisan’ ! - KUANTAN - Penangguhan pemberian vaksin Covid-19 kepada penerima yang dijadualkan dari 2 hingga 4 Mac di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bu...22 jam yang lalu
-
Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan - *SUSUPAN PAGI* SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya *empat buah *parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusn...23 jam yang lalu
-
Wanita ini bunuh diri kerana simpati kepada penculik - PADA 27 Mei 1933, wanita bernama Mary McElroy berusia 25 tahun sedang mandi berendam dalam buih ketika diculik oleh empat lelaki. Lelaki-lelaki itu masuk k...4 hari yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINI4 hari yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...4 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com9 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...