Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Januari 25, 2013

Kalimah ALLAH: PR tidak pernah setuju, cuma perakui

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.

Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.

"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR, di sini, semalam.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika ditanya mengenai kesediaan PKR untuk menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, Anwar menjelaskan perkara itu tidak berlaku.

"Mengapa SPRM tak kaji isu Scorpène? Sedangkan isu lembu boleh lepas, ambil tanah boleh lepas tetapi, ada masa nak kaji kita (PKR). Nanti, Permatang Pauh tak lepas sebab masih dalam kajian," katanya./SinarHarianOnline

 JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

2 ulasan:

  1. Hahahahaaaa....

    putar lagi,..putar lagi !!....makin kau putar makin kuat kau terbelit !

    BalasPadam
  2. janji umno utusan tv3 rtm putar tak apa.....najib putar tak apa..mayudin putar tak apa, rosmah putar pun tarak apa...kah kah kah putar alam kah kah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...