Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 11, 2012

Zam antara punca krisis bilateral Malaysia-Indonesia - DSAI


Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sikap angkuh dan rasis bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau yang dikenali sebagai "Zam" menjadi salah satu penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia
Katanya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal dan mewakili susuk elit Umno yang berprasangka keji terhadap Indonesia.

Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainuddin. Beliau merupakan bekas editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan juga bekas menteri Kabinet yang sering menuding jari serta melabelkan kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.

“Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kepada calon PKR. Justeru, kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” dakwa beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa demikian ketika mengulas tulisan Zainuddin mengenai persamaan Anwar dan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie dalam akhbar Utusan Malaysia, semalam.

Antara petikan tulisan itu, “bagaimanapun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF (Dana KewanganAntarabangsa) dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. ALLAH telah menyelamatkan rakyat Malaysia.

“Apakah tujuan Anwar menjemput  pengkhinat bangsa Indonesia ini ke Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut  menyifatkan tulisan itu sebagai dengan serangan jelek Zainuddin ke atas BJ Habibie, yang berada di Malaysia minggu lalu dan menyampaikan ceramah di Universiti Selangor (Unisel).

“Kenyataan Zainuddin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia,” katanya lagi./SinarHarianOnline

Kontraktor Electrikal Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka..
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...