Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tangan
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.
"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.
Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.
Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.
Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.
Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.
Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.
“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.
“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.
Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.
Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak./SinarHarianOnline
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Kalau baginilah reaksi polis terhadap majlis yang diadakan oleh pehak pembangkang dimanakah laungan selogan yang polis amalkan, bila pembangkang baru bersuara telah bertindak dan bila BN dengan terang berlaku nak kena tunggu laporan dengan bukti apakah polis terpaksa menunggu arahan dari BN baru boleh buka siasatan sesuatu kes, tidak polis nampak apa yang berlaku didepan mata mereka bahkan dengan jelas kecederaan berlaku apakah juga hendak tunggu keluar discreen TV tiga suku baru hendak bertindak.Usah double standard dalam menguatkuasakan undang-undang, telah banyak sudah peristiwa-peristiwa yang menyayatkan berlaku hingga kini suatu tindakkan pun belum jelas dibawa kemuka pengadilan.Janganlah sampai sudah tidak boleh dikawal baru hendak bertindak dan mempersalahkan pehak pembangkang pula ,sabar sesaorang itu ada hadnya ,kita bukannya malaikat.
BalasPadamRupe-rupenya cerita ni hanya fitnah semata-mata. Kesian siapa yang percaya...
BalasPadam