Ahad, Disember 16, 2012

Panas!!! Lagi Masuk Pas, Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir



Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU.

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.

"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.

"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.

"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.

"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi./HarakahDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng