KUALA LUMPUR: Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hujung
minggu ini akan menjadi pembuka bersejarah kepada kempen ‘Seratus Hari
ke Putrajaya’ untuk rakyat mencipta sejarah dan membawa Malaysia yang
baru.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat mahu mencipta sejarah Malaysia baru yang benar-benar bersatu, demokratik dan makmur di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya ke-13.
Justeru, katanya semua mata tertumpu kepada Kongres DAP yang merupakan kongres terakhir parti politik di Malaysia tahun ini kerana ia melaungkan ketibaan seratus hari terakhir sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 yang sudah lama tertangguh dan dinanti-nanti.
“Biar Kongres Kebangsaan DAP ke-16 menghantar mesej yang jelas dan terang kepada semua rakyat Malaysia seluruh negara – pemimpin, perwakilan dan ahli DAP mempunyai visi, iltizam, tanggungjawab dan disiplin yang kuat bagi mencapai misi dan objektif bersejarah kempen ‘Seratus Hari ke Putrajaya’ untuk rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asal, Kadazan atau Iban; sama ada umat Islam, penganut ajaran Buddha, Kristian, Hindu, Tao atau Sikh; sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak, bersatu sebagai satu masyarakat bagi memulihkan kembali kehebatan Malaysia sebagai model masyarakat majmuk yang harmoni yang mana terdapatnya toleransi, kebebasan, keadilan, hak asasi manusia, kemapanan pembangunan, kemakmuran, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang tidak korup dan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, di saat-saat menjelang Kongres DAP dan ketika kempen ‘Seratus Hari ke Putrajaya’, propagandis dan kaki putar Umno Barisan Nasional akan memacu lebih laju dengan politik bohong, kebencian dan menakut-nakutkan bukan sahaja untuk memburuk-burukkan DAP dan mencipta perpecahan besar dan kerosakan di dalam parti tetapi juga dalam hubungan DAP dengan parti-parti Pakatan Rakyat, PKR dan PAS.
Menurutnya, meskipun terzahir keyakinan selepas Perhimpunan Agung Umno ke-66 dengan presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Umno BN akan mendapatkan semula dua pertiga majoriti Parlimen, namun keadaan masih lagi ‘50-50’.
Katanya, BN dan PR mempunyai peluang yang sama dengan perkembangan ketika ‘Seratus Hari ke Putrajaya dan terutamanya kempen pilihan raya umum merupakan penentu arah kepada keputusan akhir.
Di dalam analisis akhir, ujarnya keputusan berkemungkinan sama ada Umno BN memperoleh kembali majoriti dua pertiga sekurang-kurangnya 74 kerusi di dalam Dewan Rakyat atau PR memenangi 125 kerusi dengan majoriti 28 kerusi mengatasi Umno BN di Parlimen.
Lit berkata, di dalam senario yang terkemudian dengan PR memenangi Putrajaya dengan 125 kerusi parlimen, kemungkinan pembahagian kerusi PR adalah PKR dengan 45 kerusi dan DAP serta PAS masing-masing 40 kerusi.
“PR akan menjadi perikatan sama rata dengan tiada parti politik mengamalkan dominasi kuasa politik seperti mana di dalam perikatan Barisan Nasional,” jelasnya./HarakahDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...