Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Disember 26, 2012

Sultan K'tan minta umat Islam elak berbalah - M,Kini


Sultan K'tan minta umat Islam elak berbalah
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.
  
Baginda bertitah dalam menonjolkan kebaikan dan keindahan Islam, jangan  sampai agama itu ditempelak dek perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
  
Sultan Kelantan menarik perhatian umat Islam masih dibelenggu sengketa dan perbalahan yang seolah-olah tiada penghujungnya.
  
"Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan dan betapa kecewanya bila merasa tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa, peperangan sesama sendiri," titah baginda pada Majlis Perasmian 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kota Bharu semalam.

Teks ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Sultan Kelantan bertitah walaupun baginda akur dengan kebebasan bertindak berdasarkan amalan demokrasi, namun masyarakat Islam dan bangsa Melayu perlu mempunyai dan menjaga disiplin, tata cara hidup, tata susila serta adat istiadat Melayu, terutama berkaitan kehidupan beragama.
  
"Dengan disiplin dan tata cara hidup beragamalah pada suatu masa dahulu bangsa kita pernah menjadi bangsa besar di rantau ini dan agama Islam menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan tamadunnya," titah baginda.
  
Selain itu, baginda berjanji akan memberi perhatian sewajarnya kepada kemajuan dan perkembangan MAIK sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi yang memikul amanah menjaga kepentingan Islam dan adat istiadat Melayu di Kelantan.
  
Baginda turut memuji usaha yang dilakukan MAIK dalam memartabatkan penggunaan tulisan jawi, sekali gus menyarankan supaya ia dapat dimartabat dan dikekalkan penggunaannya.
  
Pada majlis itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan melancarkan buku bertajuk 'Puri Kencana' yang menyingkap kecemerlangan satu abad MAIK sebagai majlis agama Islam tertua di negara ini.
  
Selain itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut berkenan melancarkan gimik pelancaran kapsul masa MAIK mengandungi sepucuk surat yang akan dibaca 100 tahun lagi.
  
- Bernama

 "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...