Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 09, 2012

AES tidak perlu - DSAI

ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) akan mengangkat profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia termasuklah menggunakan perkhidmatan polis dalam mendidik pengguna jalan raya, bukannya menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“PR tidak pernah menentang sebarang kempen atau perkara berkaitan keselamatan jalan raya, cuma menentang mengenai penggunaan AES.
“Kenapa kerajaan perlu menggunakan AES sedangkan kita punyai bilangan polis yang ramai dan boleh lakukan kerja keselamatan jalan raya. Saya yakin polis masih boleh dilatih untuk menjalankan tugas dengan baik,” katanya semasa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.
Dalam ucapannya beliau turut mempersoalkan mengenai tangisan perwakilan dan permohonan maaf, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Untuk apa dia minta maaf, kenapa? Minta maaf buat juga. Minta maaf tapi AES terus buat. Adakah tangisan perwakilan ini kerana takut kehilangan kuasa,” katanya di hadapan penyokongnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, permohonan maaf yang dibuat oleh Najib harus diterima ramai.

“Kalau ada orang yang terlalu hampa memohon maaf, kita patut terima. Tapi kita nak tahu sebab apa dia mohon maaf.

“Adakah dia mohon maaf oleh kerana masalah rasuah yang berleluasa di tanah air kita. Adakah itu sebabnya.

“Tidak, dia tidak sebut pun apa sebabnya. Dia tidak akui bahawa rasuah itu masalah besar di negara kita,” katanya.

Kit Siang berkata, Umno dan BN juga tidak mungkin akan berubah seperti yang dijanjikan mereka dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Mereka masih dengan politik lama, kotor dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Program ini adalah kali ke-4 diadakan selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor bertujuan untuk memberi penjelasan dan keyakinan kepada rakyat bahawa PR sudah bersedia untuk menawan Putrajaya dalam PRU13 menggantikan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak./SinarHarianOnline

 Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...