Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 17, 2012

Bangkit!!!! Anak muda Sabah lapor SPRM, mahu Musa Aman disiasat kes RM40 juta

KOTA KINABALU 17 Dis: Kira-kira 60 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang didakwa menerima wang RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi, merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember lalu.

Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah, Boby Lewat berkata, mereka turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

Ia ekoran pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Chia merupakan adik angkat Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa Aman.
Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya pada 9 Oktober 2012, Nazri mengumumkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah, bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.
“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?” soal Boby dalam kenyataan.

Katanya, sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan.
Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Menurut Lajim, jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah.
Boby Lewat berkata, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.

Katanya, pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.
Justeru, SAMM mendesak SPRM membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa dan Nazri.
“Kesediaan Datuk Seri Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM,” katanya./KeadilanDaily

KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE V1FUEL BOOSTER

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...