Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.
"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.
Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".
"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya./SinarHarianOnline
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang."
BalasPadamAduh bisaaaaaaaaaaaaanya, maluuuuuuuuuuuuu, mana nak letak muka ni.........aku dah cakap jangan sentuh AMANAT HADI.... kau sentuh juga..... sudahlah MUZAKARAH OLOK-OLOK PUN KALAH tersebar dalam youtube.... kau orang pi sentuh juga.... anak muda 2012 bukan macam anak muda 80an pakai buku nota belek majalah dengar kaset.... ini anak muda super duper gaban... ipad, galaxy note, twit sana twit sini, mampus dia orang cari maklumat sampai worm holes. Bodoh punya mufta... dengar cakap umno yang tak ada orang bijaksana di dalamnya....
Mufti MAKAN GAJI KERA-JAHANAM!
BalasPadamApa nak hailan...