Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan.Mereka - yang enggan mendedahkan nama melainkan sebuah tribunal ditubuhkan - berkata ketika pasukan itu bertambah baik di bawah kepimpinan Tan sri Ismail Omar sekarang, namun pengaruh Peguam Negara Abdul Gani masih menimbulkan rasa takut di kalangan banyak pihak.Ini, kata mereka, akan berterusan melainkan sebuah tribunal bebas ditubuhkan.
Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) meminta bukti terhadap dakwaan salahlaku tersebut.Ini ekoran laporan Malaysiakinimengenai ucapan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, yang mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya.Tuduhan itu berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa.Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian.
Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010.Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini persoalan mengenai dakwaan pembabitan kedua-duanya itu, masih berterusan.[Baca berita penuh]PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!! DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!! DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...