Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 09, 2012

Utusan Berita Setan!!!!!

Utusan cuba alih perhatian surat Mahathir pada Israel- Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 8 Mac: Laporan tentang surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada National Endowment for Democracy (NED) pada tahun 2007 oleh Utusan Malaysia adalah usaha menutup isu hubungan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Israel.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, media milik Umno itu cuba mengalihkan perhatian rakyat dari pendedahan pertemuan dan surat Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel.
“Tidak dilupakan juga berkenaan isu penglibatan pegawai ketenteraan Israel dalam syarikat perunding APCO yang dilantik kerajaan Malaysia,” jelas Nik Nazmi.

Beliau merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk ‘Surat Anwar kepada Tokoh Yahudi’, yang merujuk laporan satu laman pro-Umno yang menyiarkan surat tersebut.
“Sesiapa yang mengamati surat tersebut akan mendapati surat itu tidak mengandungi sebarang kontroversi. Anwar hanya menyatakan keperluan kepada proses pilihanraya yang bersih dan adil.

“Anwar juga menyeru NED, satu agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat Malaysia ke arah itu,” jelas Adun Seri Setia itu lagi.
Beliau turut berkata, ketempangan proses pilihanraya yang disuarakan parti pembangkang dan NGO-NGO turut diakui Perdana Menteri sendiri dengan pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Reformasi Pilihanraya.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendedahkan wujudnya hubungan antara Malaysia dan Israel apabila syarkiat perkapalan Israel, Zim Integrated Shipping Services Ltd memiliki pejabat operasi dan kapalnya dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang.
Kenyataan Anwar berkenaan keselamatan Israel di Asian Wall Street Journal kemudian diputarbelitkan media Umno dan dijadikan senjata untuk menyerang Anwar.

Pada 29 Februari lalu pula, kerajaan mendedahkan tiga surat rasmi kerajaan Malaysia yang dikirim oleh Mahathir kepada tiga Perdana Menteri rejim Zionis itu bertarikh 21 Disember 1993, 14 Mac 1997 dan 8 Jun 1999.
Salah satu surat berkenaan, yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, antara lain menyatakan kesediaan kerajaan untuk menjalinkan kerjasama dengan rejim itu pada masa yang sesuai./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
  
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...