Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 12, 2012

Rafizi: Keputusan Shahrizat bukti!!!!!!! fakta PKR tepat

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini kerana akhirnya memahami kehendak rakyat.Beliau mendakwa keputusan Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.“Kini tumpuan rakyat adalah kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan satu siasatan telus dibuat bagi mengembalikan setiap satu sen dari wang rakyat yang diselewengkan“Beliau (Najib) juga wajib buktikan beliau serius menentang rasuah dengan memastikan setiap individu yang bertanggungjawab dalam skandal ini dihadapkan ke muka keadilan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Shahrizat membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat."Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," katanya.Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat.Sementara itu, beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.Berikutan laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.Dalam pada itu, Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu./sinarharian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...