"Kita jangkakan lebih daripada 500 orang akan hadir," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Kumpulan itu merancang untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula jam 2 petang, kata Fariz lagi yang menambah, perhimpunan itu juga akan disertai pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia.Sementara itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kutipan wang bagi tabung derma keluarga Hoslan kini masih giat dijalankan. Katanya, hasil wang yang telah diterima akan didermakan secaraberperingkat dan pihaknya yakin kutipan itu akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM20,000.
"Kita masih lagi terbuka jika ada pihak ingin menderma dan kita juga akan mula mengira jumlah wang yang telah didermakan pada akaun bantuan kemanusiaan pemuda PAS selepas 19 Mac ini. "Respon yang kami terima sangat bagus kerana kita telah iklankan di dalam akhbar Harakah," katanya.Dewan Pemuda PAS melancarkan tabung berkenaan minggu lalu, bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hoslan akibat hukuman pemenjaraan itu.Selain bantuan daripada tabung tersebut, keluarga Hoslan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM800 sebulan daripada Dewan Muslimat PAS yang akan diberikan berterusan sepanjang tempoh pemenjaraan tersebut.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata sumbangan itu diberikan sebagai tanda simpati dan juga untuk membela nasib isteri Hoslan, Noorliza Mat Isa yang perlu menyara tujuh orang anak yang masih bersekolah.PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!! DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!! DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...