Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 02, 2012

NGO minta Palestin pertegas isu dagang M'sia-Israel

NGO minta Palestin pertegas isu dagang M'sia-Israel

Sekumpulan aktivis hari ini menyerahkan memorandum ke kedutaan Palestin di Kuala Lumpur untuk menggesa negara itu menyatakan ketegasan ke atas hubungan dagang di antara Malaysia dan Israel.

NONEKumpulan seramai kira-kira 20 orang diketuai pemimpin NGO PKR, Jingga 13 itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil kedutaan itu di Jalan U Thant, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3.10 petang ini.
Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata Palestin perlu menyatakan ketegasan memandangkan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel menunjukkan Malaysia mengiktiraf negara itu.

"Sebab itu kita lihat kerajaan Malaysia bersifat hipokrit kepada rakyat Malaysia dan juga rakyat Palestin yang dizalimi rejim Israel," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

NONETambahnya, tindakan itu juga mengkhianati pejuang Palestin yang terus diserang oleh rejim Zionis itu.

"Kita cabar (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), kalau benar tak ada hubungan dengan Israel hentikan segera semua hubungan dangang Malaysia-Israel," katanya lagi.

Katanya, selain memorandum daripada Jingga 13 dan AMK, wakil kumpulan tersebut turut menyerahkan bukti rakaman video mengenai kehadiran kapal dagang Israel ke pelabuhan negara ini.

NONEBukti rakaman itu sama seperti yang didedahkan kepada media pada 20 Februari lalu, katanya.

Kumpulan berkenaan turut berarak dan membawa sepanduk dengan slogan "Hubungan dangang dengan Israel ialah peluru pembunuh umat Palestin."

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin; timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip; wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansor dan juga presiden Anwar Ibrahim Club (AIC),  Saifuddin Shafi Muhammad./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
 
 
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Untuk Peminat Kopi Sahaja...Klik Sekarang!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...