Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pemilihan Anwar itu tidak perlu dipertikaikan lagi.
“Anwar dipilih berdasarkan kepada pengalamannya dalam soal ekonomi serta kecemerlangannya dan beliau telah berusaha bersama-sama memastikan pengurusan negeri Selangor ini dari segi ekonomi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya,” katanya semasa sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Katanya, Anwar bukan sahaja berjaya memacu ekonomi Selangor, namun kredibiliti Anwar itu melebihi Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.
“Sewaktu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kadar positif dan jelas angka-angka ini tidak boleh dipertikaikan.
“Malah apa yang dilakukan Anwar lebih baik daripada sewaktu Abdullah (Pak Lah) dan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan,” katanya.
Bagaimanapun, secara sinis, Khalid mengingatkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman supaya tidak mempersoalkan pelantikan itu kerana dibuat secara telus dan bukannya seperti BN yang mendahulukan kroninya.
“Sebab itu bila Adun Seri Serdang mempersoalkan tentang bagaimana kriteria yang digunakan oleh kerajaan dalam lantikan tersebut kita tekankan terhadap pengalaman yang saudara Anwar miliki.
“Jika Adun Seri Serdang mempunyai pengalaman seperti Anwar yang dapat menunjukkan pencapaian ekonomi negara secara positif selama lima tahun secara konsisten sudah pasti saya akan memilih beliau sebagai penasihat ekonomi,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...