Tun Mahathir rela Anwar Ibrahim dibebaskan jika menang PRU14

Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - "Kalau rakyat nak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, siapa saya nak tahan rakyat." Begitulah respon bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya Felo Penang Institute Dr Wong Chin Huat mengenai kesediaan beliau mengepalai usaha membebaskan bekas timbalannya itu sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 datang.

iklan : www.gajimasyuk.com

Menurut Mahathir, beliau bukannya seorang pendendam malah musuh-musuhnya sebelum ini seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah turut diberi kedudukan di dalam Kabinet pada zaman pemerintahannya. "Saya tak simpan dalam hati.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Pakatan Harapan untuk menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sekiranya memerintah, Mahathir menjelaskan ia boleh dilakukan sekiranya itu menjadi kehendak rakyat negara ini."Tapi perkara ini perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan saya tidak memegang jawatan tersebut," katanya ketika Program Hardtalk yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.

Beliau berkata, undang-undang yang digubal seharusnya sesuai dengan kehendak rakyat pada masa kini.

"Auku ditubuhkan kerana ramai penuntut berdemo sedangkan mereka dihantar ke universiti untuk belajar.

"Ini pendapat saya sebab saya nak selamatkan anak-anak kita bagi membolehkan mereka mendapat kelulusan yang baik," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir memaklumkan bahawa tindakannya menyertai demonstrasi jalanan sebelum ini berikutan daripada semua saluran untuk rakyat bersuara telah ditutup.
Ujar beliau, tindakan berkenaan adalah merupakan langkah terakhir dan disebabkan itu, pihaknya mengambil keputusan untuk menyertai himpunan Bersih.

"Masa dulu kalau kita nak bertindak terhadap kerajaan terdapat banyak saluran disediakan tapi kini tidak lagi.

"Sebab itu kita kena gunakan pertahanan akhir iaitu demostrasi," katanya.

sh

Iklan Penaja [ 23/4/17 ]
Previous
Next Post »

21 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
8 April 2017 12:07 PTG delete

Kesan isu RUU 355 sudah menampakkan hasilnya.. cuma jangan fikir PAS seperti PH yg sudah membutakan mata dan hati atas segala kes rasuah ketika Tun M jadi PM..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 April 2017 12:49 PTG delete

Madey rela membebaskan DSAI jika menang pru 14:

Pertama, DSAI ni betul ke bersalah kerana liwat?

Kedua, kalau betul DSAI meliwat siapa pulak Madey nak bebaskan DSAI dari kesalahan liwat? Madey anggap dirinya pensuci dosa ke?

Ketiga, kenapa hanya DSAI je nak dibebaskan? Bebaskanlah semua banduan jika PH menang pru 14. Takkan seorang banduan je?

Keempat, Madey cuba perbodohkan rakyat yang sudah terkeliru dengan fitnah yang diciptanya atau Madey nak suruh rakyat terima pemimpin yang terlibat dengan liwat?

Rakayat masih keliru.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 11:53 PG delete

Buat apa saja demi kelangsungan kuasa dan harta.Tu jer motif utama mahdey dan anak2nya termasuk para proksi dan kroni.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 11:59 PG delete

Tahniah Madey, kerana berjaya membuatkan haprak dan pengikutnya menjadi keliru dan dungu, kesian.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 5:10 PTG delete

Kita marahkan Mahathir tapi kita tak marahkan Najib, walaupun kejahatan Najib dan Mahathir adalah sama. Mungkin setengah orang menganggapkan Najib jadi jahat kerana Mahathir. Betul zaman Mahathir banyak kerosakan sistem tetapi zaman Najib bukan sekadar sistem tetapi kerosakan ekonomi yang menyebabkan banyak hakmilik rakyat tergadai. Jika kita marahkan Mahathir, kita juga perlu marahkan Najib kerana dialah mewarisi legasi Mahathir. Sedangkan Mahathir yang tidak berkuasa lagi tiada apa perlu dirisau dan hanya menunggu hukuman sahaja. Manakala Najib jika dibiarkan akan menambah kerosakan kepada negara kerana dia mempunyai kuasa sekarang. Berfikirlah dengan waras dan teliti perkara ini kerana kerosakan yang bakal dihadapi sekarang menyebabkan kita kehilangan semuanya dimasa hadapan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 5:58 PTG delete

Hakmilik rakyat tergadai bermula dari Madey la ngok, Najib dan Madey sama je ketua penyamun, bersatu lah dengan jemaah PAS agar dapat kita tumbangkan BN dan Najib, bukan bersatu dengan Madey yang sama peelnya dengan Najib.

Reply
avatar
mahligai seni
AUTHOR
9 April 2017 6:57 PTG delete

Bagusnya bahasa orang di sini seolah-olah langsung tidak malu kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Beringat-ingatlah sikit, tuan-tuan. Semua yang kita tulis ini diperhatikan dan pada hari akhirat nanti semuanya dibentangkan di rumah keadilan. Ingat tu.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 8:19 PTG delete

Bermula dari Mahathir dan diteruskan oleh Najib, adalah kita ingin hak rakyat terus digadaikan? Kebebalan kita menyokong golongan yang mengadaikan hak rakyat berterusanlah menyebabkan anak cucu kita bakal merempat di Malaysia. Sepatutnya kita menjatuhkan sesiapa jua yang mengadaikan hak rakyat demi kepentingan peribadi, ternyata sekarang Najib yang sedang melakukannya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 8:22 PTG delete

Bila nak jatuhkan musuh kita kena ada strategi, gunakan mush yang berpaling tadah untuk mencari kelemahan musuh sebenar. Bukan sekadar berbaik-baik dengan musuh untuk ditunggangi.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 10:08 PTG delete

Tu lah pasal kena bersatu dengan jemaah PAS yang terbukti tiada rasuah dan kerosakan akhlak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 April 2017 10:13 PTG delete

Masalah sekarang bukan kita yang menggunakan musuh, musuh yang mempergunakan kita, itu bukan strategi namanya, memperbodohkan diri sendiri je.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 12:52 PG delete

Nampak tak permainan bila kita menggunakan musuh yang berpaling tadah serangan hanya tertumpu padanya. Bukannya kita buat kerja musuh untuk menuerang sesama sendiri. Itu bezanya dalam strategi. Tapi tak tahulah kalau kita dah termakan dedak musuh, mungkin semuanya nampak manis pada musuh.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 7:26 PG delete

Bersatu lah dengan jemaah muslim yang ada imamnya seperti PAS, jangan bersatu dengan musuh kerana musuh akan jadi musuh dalam selimut yang lebih bahaya dari musuh yang nampak dimata.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 9:19 PG delete

Melayu rosak kerana UMNO.
Islam rosak kerana PAS.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 9:49 PG delete

Apa yang rosak pada Islam? Pemimpin PAS bersih dari rasuah dan kerosakan akhlak, kamu kata Islam rosak sebab PAS?

Malaysia, bangsa dan Islam akan rosak teruk jika PH jadi kerajaan, itu pasti, sebabnya pemimpin PH ramai yang rosak akhlak dan moral ditambah pula dengan kafir harbi, hancur Islam, bangsa dan tanahair.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 April 2017 4:37 PTG delete

Selagi Hadi terus bersikap pondan bisu dan PAS tak saman SR, Husam atau Rafizi psl rasuah haram 90juta duit rompakan rakyat 1mdb..maknanya betul ler tuu..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 April 2017 4:41 PTG delete

Bagi lebai2 gadai agama dlm PAS, kuasa duit lebih hebat dari kuasa Al Quran dan Hadis. Perosak ajaran Islam yg mulia.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
12 April 2017 8:19 PG delete

Saya harap lebai tokong boleh nasihatkan husam agar menyaman RPK yg menuduhnya menerima duit dari Genting!

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
13 April 2017 12:49 PTG delete

Saya setuju dgn mahligai seni punya pendapat bhw perlunya guna bahasa yg bagus.. Tapi jika menuduh org tanpa menyertakan bukti adalah lebih dekat kepada fitnah walaupun bahasa yg bagus digunakan..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 April 2017 10:32 PTG delete

Sudah2 la ckp perkara bodoh wanrosli. Cer tunjuk mana bukti video matsabu tolak hudud tu?????

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
14 April 2017 9:33 PG delete

Sudah terbukti org PAN lebih akur kpd LKS berbanding almarhum TGNA yg dikhianati dalam isu sumpah baiah yg diilhamkan arwah.

Saya harap org PAN selepas ini TIDAK MALU utk menganjurkan "Seminar Pemikiran Lim Kit Siang" pula setelah terbukti dgn jelasnya mereka tidak pernah berbeza pendapat pun pdgn LKS berbanding dgn arwah TGNA yg sewenang2 dilanggarnya Sumpah Baiah!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes