RAKYAT MALAYSIA KENA TAHU..PARTI AMANAH ADALAH PARTI ISLAM..

Penulis berbincang dengan Zin Mahmud (kanan), bekas Pengarang Kumpulan Harakah dan juga bekas pengarang Utusan Malaysia. Zin turut meninggalkan Pas dan menyertai Amanah.Penulis berbincang dengan Zin Mahmud (kanan), bekas Pengarang Kumpulan Harakah dan juga bekas pengarang Utusan Malaysia. Zin turut meninggalkan Pas dan menyertai Amanah.
Selama lebih dua tahun uzur teruk, bermula hujung 2014 hingga awal tahun ini. saya seperti terlepas keretapi, khususnya apabila gagal mengikuti perkembangan politik yang menarik dan mendebarkan ketika itu. Sebahagiannya telah membentuk sejaran baru siasah negara.
Mata yang kabur dan penglihatan yang kelam cukup menganggu konsentrasi pembacaan. Meninggalkan tabiat menatap lembaran akhbar dan helaian buku tentulah menyeksakan. Namun, kepala yang selalu pening, tubuh lesu dan rasa mual ekoran proses hemodialisis tiga kali seminggu mendorong rasa malas untuk memikirkan perkara-perkara selain kesihatan dan keluarga.

IKLAN : WWW.GAJIMASYUK.COM
Ya, isu bakal datang, berlalu pergi dan mungkin dilupakan. Bumi tidak terbelah dan langit tidak runtuh walaupun kita hanya tersandar sendirian. Dunia tetap berputar seperti biasa. Justeru, mengapa harus risau atau bimbang. Mula-mula memang rasa kekok dan kekurangan sesuatu apabila tidak membaca akhbar, melayari internet ataupun menonton berita televisyen. Kian lama, sudah terbiasa, tiada yang janggalnya.
Garis takdir 
Cuma, sesekali tersentuh di kotak fikir, apakah selamanya aku harus begini? Tinggal membeku dan sekadar memerhatikan? Menunggu hari mati. Titik. Tabahkan hati jalani rutin rawatan dan berehat panjang sebagai pesara awal. Belajar untuk ikhlas, sabar dan reda. Ini garis takdir yang harus diikuti. Saya berperang dengan diri sendiri.
Bukannya bertapa dalam gua atau beruzlah di pergunungan. Sesekali kemaskini juga akaun Facebook yang mengumpan pelbagai reaksi. Sukar mengasingkan diri daripada rentak dan debar kehidupan. Sementara situasi politik terus bergolak dan berkrisis. Iklim dan hawanya berubah. Panas membahang, rimas menyerkup. Saya mesti segera keluar dari persembunyian.
Secara khusus, tragedi terbesar apabila ramai rakan dan kenalan terkeluar daripada Pas. Saya tidak dapat bertemu mereka untuk bercerita lanjut. Pastinya, itu adalah keputusan paling sulit terpaksa dijalani dalam takah-takah kehidupan.
Tidak perlu dirakamkan lagi perasaan dan emosi ketika itu. Sejarah sudah terukir. Yang tinggal hanya kenangan dan iktibar. Tiada kepahitan. Perjuangan adalah kemanisan. Segalanya memori indah penuh bermakna. Satu lagi parti Islam terpaksa ditubuhkan.
Parti Islam ditolak
Mulanya mereka -- atas nama Gabungan Harapan Baru (GHB) -- membuat permohonan parti baru kepada Pendaftar Pertubuhan, atas nama Parti Progresif Islam. Tetapi, secepat kilat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi isytihar di Marang, Terengganu, permohonan itu ditolak. Alasan lusuh, Islam bukan milik mana-mana pertubuhan apatah lagi parti.
Alternatif terpaksa dicari, dengan mengambil alih parti yang sudah tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, seterusnya dilancarkan pada 16 September 2015, atas nama Parti Amanah Negara. Walaupun dihalang memakai jenama agama, Amanah tetap memilih Islam sebagai dasar dan teras perjuangan.
Saya pun hanya tertarik dengan Amanah jika ia mempunyai jati diri sebagai parti Islam, bukan semata-mata sebuah parti pembangkang. Agak sukar mendapatkan teks perlembagaan Amanah, sehinggalah beberapa teman rapat menunjukkannya. Tentulah memakan sedikit masa kerana perlembagaan lama Parti Pekerja perlu dipinda dan diluluskan ROS.
Selain memartabatkan dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan, fasal 3 perlembagaan memaktubkan, tujuan parti Amanah adalah mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil 'Aalameen). Di samping melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kecekapan dan ketelusan.
Terubat kedukaan
Bendera Amanah kini dikibarkan di mana-mana.Bendera Amanah kini dikibarkan di mana-mana.Saya bersyukur dan rasa lega membacanya. Terubat sedikt kedukaan kerana terpaksa meninggalkan Pas, parti Islam yang sudah sebati dengan jiwaraga. Dalam masa sama, walaupun agak terbatas pergerakan dan tidak berupaya untuk menghadiri program parti baru ini, saya berusaha mendapatkan pandangan teman-teman yang lebih arif.
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata. Amanah berpegang kepada fiqh politik yang menekankan aulawiyat, muazanat dan at-ta'ayush dan bukannya fiqh permusuhan seperti amalan kepimpinan Pas masa kini. "Tujuannya menegakkan sebuah negara yang menjadi rahmat berdasarkan maqasid syariah dan dengan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif, sederhana, dan demokratik," tambahnya, menjawab mesej persoalan saya.
Pensyarah kanan UTM yang mengikuti dari dekat perkembangan Pas dan penubuhan Amanah itu merumuskan: "Kepimpinan Pas terdahulu (Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat) lebih menonjolkan kefaqihan dan kebijaksanaan fiqh politik. Kedua-duanya lebih memahami bahawa fiqh Islam adalah bersifat fleksibel serta mampu berkembang pada perkara furu' dan hukum juz'i."
Dalam kunjungan ke rumah saya, mengulas pandangan yang menyarankan seeloknya Amanah tidak ditubuhkan, cukup dengan sertai parti sedia ada, seperti KeADILan, seorang pemimpin kanan Amanah. yang juga ahli Parlimen berkata: "Mereka ini, termasuk kawan-kawan kita sendiri dalam Pakatan Harapan, tidak faham mengapa Amanah perlu wujud. Kita berjuang atas idealisme dan prinsip yang sama, ditautkan oleh persaudaraan Islam, barulah ada keserasian dan keselesaan."
Mengapa sertai Amanah
Saya bertanyakan juga pendapat sahabat baik, Zin Mahmud, bekas pengarang kanan Utusan, teman berkongsi idea. Biarpun lama bertugas di Utusan Melayu, Zin adalah ahli Pas sejak muda (malah berpengalaman mengasaskan penubuhan Pas cawangan di Keramat dalam kawasan Parlimen Titiwangsa) dan pernah mengetuai Harakah pada awal 1990-an. Soalan saya mudah, kenapa anda sertai Amanah dan keluar Pas?
"Pengasas Amanah adalah penggerak penting Pas sejak 1982 hingga Pas capai kejayaan dan diterima banyak rakyat Malaysia termasuk bukan Islam. Apabila mereka dipinggirkan dan tubuh Amanah, maka saya bersama mereka. Mereka berjuang untuk Islam, sebab itu mereka sebelum ini menyertai Pas. Tetapi majoriti perwakilan menolak mereka, maka mereka terpaksa meneruskan perjuangan Islam melalui Amanah.
"Amanah seperti Pas sebelum 2015 memperjuangkan Islam yang luas, untuk semua. Pas kini berubah jadi seperti Umno, berjuang untuk orang Melayu-Islam. Keistimewaan Amanah, programnya lebih menepati keadaan negara dan dunia hari ini, progresif dan inklusif.
"Masa depan Amanah cerah dan mampu menjadi parti utama negara. Kalaupun buat masa ini, ia belum berjaya, tetapi saya tetap bersamanya kerana fahaman politiknya adalah benar. Kita menyokong sesebuah parti itu adalah kerana fahaman politiknya, programnya dan pemimpinnya," jawab Zin panjang lebar, semasa menziarahi saya di rumah. Walaupun kami sama-sama uzur, dan bertaraf pesara awal, Zin agak kerap bertandang ke kediaman saya. Beliau juga nampak ghairah untuk mengetahui situasi terkini Amanah.
Prinsip dan pemikiran terbuka
Saya juga meneliti siri wawancara dengan pimpinan Amanah, antaranya Penasihat Umum, Ustaz Ahmad Awang. Dalam akhbar mingguan Amanah, beliau berkata, "Kebanyakan parti Islam ditubuhkan kerana masalah politik. Tapi Amanah lahir oleh bekas pemimpin Pas yang membawa prinsip dan pemikiran keterbukaan dari sudut perspektif Islam, menjadikan Islam ini diterima. Islam bukan diturunkan untuk individu dan kaum tertentu tapi untuk seluruh manusia."
Ditanya keistimewaan Amanah berbanding parti Islam yang lain, Ustaz Ahmad menjelaskan: "Perbedaan pokoknya adalah kita melihat lebih kepada pelaksanaan maqasid syariah (tujuan syariat diturunkan). Dalam konteks untuk memperlihat keadilan Islam dalam urus tadbir pemerintahan hari ini yang penuh dengan segala macam kerosakan."
Diasuh tradisi kewartawanan selama hampir 30 tahun, saya tidak puas dengan hanya bersumberkan bahan bacaan dan rakaman dalam Youtube. Menjelang Konvensyen Nasional Amanah di shah Alam pada 10 Diseber 2016, saya berazam untuk menghadirinya bagi melihat sendiri perjalanan perhimpunan agung tahunan itu. Mungkin juga dapat bertemu kenalan-kenalan lama, yang pernah bersama-sama Pas, dan mengikuti perbahasan para perwakilan.
Malangnya, pada pagi Sabtu itu, walaupun telah menjadualkan semula rutin hemodialisis, dan seorang sahabat karib sudahpun sampai depan pintu rumah untuk membawa saya ke Shah Alam Convention Centre, tahap kesihatan tiba-tiba merosot. Saya sekadar dapat menghadam dokumen bertulis Pidato Presiden, Mohamad Sabu yang dihadiahkan oleh seorang wartawan yang mengikuti kongres bersejarah itu.
Bukan liberal
Dalam ucapannya itu, beliau menegaskan: "Membawa mesej islam sebagai Rahmat Untuk Semua bukan bermakna kita dikatakan terlalu bertoleransi (liberal) serbaliknya kebersamaan itu adalah kekuatan manakala keseorangan itu adalah kelemahan. Tujuan politik kita (fiqh siyasi) adalah meraikan kebersamaan namun menghormati perbedaan dan kepelbagaian. Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama dalam perkara aqidah. Berbeza dalam perkara mualamat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah."
Mohamad juga merumuskan bentuk negara yang diimpikan Amanah: "Seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi keupayaan dan kepakaran mereka bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan. keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan."
Tentu sahaja segalanya itu tidak mencukupi untuk saya lebih mengenali, memahami dan menghayati perjuangan Parti Amanah Negara. Kolum Tanweer Usbu'ii atau Pencerahan Mingguan, yang disiarkan saban minggu oleh akhbar Amanah juga banyak membantu. Ruangan tetap pada halaman empat ini diisi oleh para asatizah dlam Amanah, yang menjelaskan asas, dasar dan pendekatan parti Islam ini.
Parti Islam Amanah
Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.Husam berucap di Pasir Puteh dan merasmikan 17 cawangan Amanah di situ.Saya turut tertarik dengan ucapan Husam Musa, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan, ketika awal menyertai Amanah apabila beliau sering menyebut Amanah sebagai "Parti Islam Amanah". Mungkin serasi dengan keadaan masyarakat di negeri Serambi Makkah dan hasil tarbiyah langsung Tok Guru Nik Aziz, Amanah dipopularkan sebagai sebuah parti Islam dan perlu memperkukuhkan jati dirinya dengan jenama tersebut.
Dalam pada itu, saya terjumpa tulisan yang agak baik, dinukilkan kembali oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dalam akaun Facebook beliau, berdasarkan luahan hati sahabat baiknya:
"Majoriti mereka ini (pimpinan Amanah) aktivis politik yang cukup istiqamah, aktif dan progresif semasa dalam Pas. Majoriti mereka ini orang lama, bukan orang baru 2-3 tahun sertai Pas, tapi 20-30 tahun.
"Disebabkan mereka faham dan masak apa itu politik Islam, maka mereka menubuhkan dan sertai Amanah. Parti yang 'sama' dengan Pas, iaitu mengambil Islam sebagai dasar perjuangan.
Kumpulan cekal, progresif
"Mereka ini kumpulan yang benar-benar berani mengambil risiko, kumpulan yang independen tanpa kebergantungan kepada mana-mana pemimpin. Kumpulan yang cekal dan progresif. Kumpulan ini mahu membawa dimensi politik Islam yang sederhana, relevan kepada keperluan politik semasa.
"Sebenarnya, mereka tiada masalah dengan Pas. Tapi mereka 'bermasalah' dengan kepimpinan baru Pas, yang mengambil pendekatan politik yg cukup keras, tiada diskusi, diplomasi dan kompromi. Kepimpinan 'diktator' atas alasan agama, tetapi menolak pandangan-hujah agama yang tidak selari dengan mereka, 'Hollier than thou'.
"Mereka bukan pengkhianat Pas. Sepanjang belasan dan puluhan tahun bersama Pas, mereka tidak pernah mengkhianati Perjuangan Pas. Mereka melihat politik itu sebahagian dari Syariat. Perkara yang boleh memberatkan amalan kebaikan di akhirat kelak."
Semua pandangan itu, menyuntik kembali semangat untuk saya bersama-sama membantu parti baru ini, walaupun dari atas perbaringan! Harapnya, ia diterima sebagai amalan baik jihad pena. Sekurang-kurangnya di waktu sakit, lagu rasmi Parti Amanah Negara, dengan irama dan liriknya cukup menawan dan menghiburkan!
mdl

Mula-mula ingat benda ni TIPU...Tapi saya cuba juga join..kerana
modal cipukk je..
brg wajib pakai..
semua orang mampu milik..

Akhirnya saya dah rasa hasilnya walaupun tak banyak..RM1000 je sebulan siapa nak bagikan..kan kan..


MACAM BEST JEEE....

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]
Previous
Next Post »

47 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 12:30 PTG delete

Kahkahkahkahkah........Islam kat mana tu? Dasar PAN mana? Ke sebab ada ulamak pangkor 2 maka PAN dikatakan parti Islam?......kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 12:40 PTG delete

Perbazaan antara parti Islam PAS dan PAN:

- PAS membawa dan memperjuangkan Islam untuk dimartabatkan syariatnya dan kehidupan mengikut cara Islam.

- PAN pun membawa Islam tapi bukan untuk diperjuangkan hanya dibawa untuk di hina dan di perlekehkan oleh kafir dan munafikun PH terutama DAPigs sehingga kafir pun boleh membelek fatwa-fatwa tanpa sebarang bantahan dari PAN dan meninggalkan cara kehidupan Islam dan digantikan dengan sosialis dan liberalis. Itu lah Islam versi PAN.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
2 April 2017 12:46 PTG delete

Siti Zabedah Kasim pun mengaku org Islam juga..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 1:08 PTG delete

Ini kenyataan dan persoalan oleh agen-agen Umno yang risau sebuah parti Islam wujud dimuka bumi Malaysia.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 1:12 PTG delete

Tambahan sedikit perbezaan PAS sekarang dan PAN adalah tidak menngunakan fitnah sebagai modal serang musuh atau kawan. Pemimpin PAS sekarang lebih rela dipatuk berkali-kali oleh Umno.

Reply
avatar
2 April 2017 1:13 PTG delete

Doakan semoga Siti Zabedah Kasim diberi hidayah dan pertunjuk Allah. Adakah kita akan bertemu Siti Zabedah Kasim untuk memohon maaf padanya jika Allah membuka hati dan melempar hidayahNya?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 1:19 PTG delete

ini jenis lobai taksub mengkhizir buta..belum pun baca perlembagaan parti dah buat komen...

lobai mcm ni kalau disuruh bagi makna doa iftitah, tasyahud dan qunut pasti terkencing...jenis lobai kakaktua....

Reply
avatar
MakoFSA
AUTHOR
2 April 2017 1:38 PTG delete

islamnya sesuatu pertubuhan bukan semata2 kerana dasar yg cantik di atas kertas. tapi amalan dan halatujunya membawa kebaikan.

sebagai contoh kita berjuang bersama atas sebuah ngo melawan kanser misalnya.. apakah ada dasarnya yg menyebut islam. tetapi perjuangannya yg suci membantu kemanusiaan itulah isi dpd roh islam yg rahmatan lil alamin.

majoriti yg menolak pas hari ini adalah bekas penyokong pas. klu penyokong umno depa tk pedulipun pasal pas. kenapa penyokong tegar pas dan kepimpinan dulu kini menolak pas kepimpinan hj hadi dan kuncu2nya?

kerana mereka telah jauh dr akhlak islam dan jauh dr membela rakyat dan umat malah menyokong pula perompak dan pemimpin yg menyusahkan rakyat.

jika suatu masa pemimpin pas telah membawa aliran komunisma dlm parti misalnya.. tetapi mengekalkan perlembagaan yg sama islamnya.. adakah masih relevan utk disokong?

kerana itu jgn jumud dgn atas kertas. kaji dan lihat akhlak serta perjuangan yg dibawa.

utk memerintah sesebuah Negara, ianya lebih dpd melaksana hukuman semata2. dan jika sudahpun lengkap hudud terlaksana 100% mengikut syariat, maka Negara itu tidak boleh dianggap Negara islam yg baik jika penyelewengan rompakan pemerintah dibiarkan.

kerana Negara tetap akan hancur jika adanya kezaliman yg dibiarkan. tetapi Negara belum tentu hancur jika semua aspek dijaga dgn baik walaupun belum bersedia melaksana 100 sebatan dan lain2.

kita sokong setiap yg dalam quran termasuk hudud qisas dan lain2.. tetapi kita menentang sifat jumud bodoh sombong pemecah belah taksub wala buta tuli kaki fitnah kaki label buruk kaki takfir cakap besar suka u turn tikam belakang dan byk lagi yg sedang dibiarkan dalam pas sekarang ini.

islam itu berjaya jika pemimpinnya berjaya membawa rahmat dan dianggap gagal jika islam yg dibawa menjadi meluat kpd rakyat.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:11 PTG delete

Tidak ada lagi jemaah Islam yang lebih elok dari PAS kat Mesia ni, umno dan haprak sama je perompak dan perasuah tegar, hanya PAS yang bersih dari kerosakan akhlak. Itu buktinya yang PAS sentiasa berpegang pada Al Quran dan Al hadis.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:13 PTG delete

PAN lah yang selalu bermain dengan fitnah.....UG, UG, UG sampai sekarang pun fitnah tu sentiasa dimainkannya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:16 PTG delete

Yer betul tu, tapi buat masa sekarang siti kassim masih lagi berada dalam kekeliruan sebabnya tiada ulama parti yang dianngotainya menegur dan memberi tunjuk ajar kepada beliau, jangan biarkan siti kassim hanyut.

Sama jugak dengan kafir, mereka tetap bertaraf kafir selagi mereka belum beriman kepada Allah swt dan Rasulnya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:17 PTG delete

Kahkahkahkah.....umno, pkr dan bersatu parti Islam.....apa yang nak risaunya...kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:20 PTG delete

Yang terkencing tu setan apabila mendengar laungan azan, PAN mana ada lagi dasar dan perlembagaan, nak buat pemilihan pun takut, takutnya hilang jawatan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:25 PTG delete

UG adalah pendapat ahli-ahli PAS ketika itu, sekarang dipanggil 'politik matang' betulkan? Tapi sampai sekarang fitnah-fitnah PAS bahawa PAN adalah barua DAP dan sebagainya tidak dibuktikan seperti kes pil kuda, saman SR, saman Husam, tanah orang asli, tanah masjid...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 2:28 PTG delete

Siti Zabedah Kasim ni ahli parti mana agaknya? Bukankah tanggungjawab seorang ulama bukan sekadar untuk parti yang dianuti sahaja tetapi untuk semua umat Islam? Tak tau pula ada nas-nas yang mengatakan ulama berjuang hanya menjaga kepentingan parti yang dianuti sahaja.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 3:27 PTG delete

Yang pasti siti kassim nih anti PAS maknanya beliau bukan ahli PAS, takkan siti kassim ni ahli umno pulak sebab bencinya pada najib, ulamak yang paling dekat,
satu kapal dan sama perjuangannya sepatutnya lah yang membimbing beliau dari kekeliruan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 3:37 PTG delete

Jadi begitu senanglah menuduh tanpa bukti sekadar andaian sahaja sebab Siti Zabedah Kasim anti PAS atau benci Najib bermakna lepaslah tugas ulama? Mungkin tuan yang bersuara tanpa fakta dan hanya menggunakan andaian semata-mata, bukankah ini dinamakan fitnah? Kekeliruan semakin menjadi-jadi bila Islam dijadikan milik sesebuah parti bukannya Islam untuk semua(Islam For All).

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
2 April 2017 3:56 PTG delete

Sekadar beberapa contoh bilamana TGHH telah melangkui parti bila berdakwah.

Dengan parti DAP, TGHH telah berjaya menunjukkan contoh yg amat terbaik sbg pemimpin ulung Islam bilamana terus berpegang kpd janji bersama dgn LGE sebelum PRU 13 dgn tidak langsung menyentuh konsep Malaysian Malaysia yg diperjuangkan oleh DAP. Tetapi sebaliknya pula berlaku kpd LGE bilamana memungkiri janji awalnya bersama TGHH dgn terus-terusan menyerang TGHH dlm isu hudud. Malangnya mungkin kerana sifat2 kemunafikan yg wujud kpd musuh2 Islam, menyalahkan pula TGHH walaupun beliau tetap berpegang kpd janji berkenaan.

Bersama PKR juga, TGHH telah menunjukkan contoh sbg pemimpin Islam yg terulung bilamana tidak bersetuju TSKI yg cuba dijatuhkan sbg MB kerana tidak ternampak langsung beliau telah melakukan kesalahan2 syariat. Tetapi macam biasa musuh2 Islam telah merekacipta pelbagai kesalahan TSKI sehingga puluhan mukasurat yg mana akhirnya terbukti hanyalah palsu. Dan yg terkini TSKI sekali lagi dibersihkan melalui mahkamah dlm isu pemberian bonus kpd pekerja2nya.

Masih dgn PKR, TGHH telah memberi contoh yg terbaik sbg pemimpin ulung Islam bilamana beliau akur kpd pemimpin yg lebih tinggi iaitu Sultan Selangor yg menginginkan agar lebih daripada satu nama calon dikemukakan utk jawatan MB yg telah disingkirkan dgn cara penipuan dan fitnah. Seperti biasa musuh2 Islam yg berselindung di sebalik parti lain membuat onar dgn mengecam TGHH dan ditambahkan pula 2 orang broker/barua sanggup melompat ke kem parti lain atas sebab tidak setuju dgn TGHH yg hanya menurut titah diraja. TGHH tetap terbukti benar sekali lagi bilamana akhirnya Sultan telah memilih MB lain selain dari satu nama shj yg dicalonkan oleh musuh2 Islam yg percaya akan fitnah kpd TSKI sebelum itu.

Di sudut lain pula, sehinggakan dgn UMNO pun TGHH berdakwah sbg contoh bila diberi peluang utk berucap di depan pemimpin2 zalim UMNO, TGHH tidak melepaskan peluang menegur secara berdepan di atas pentas utama. Malangnya sebaliknya pula yg berlaku kpd musuh2 Islam yg menuduh TGHH hendak berUG pula bila berada sepentas dgn UMNO. Di sini juga sebenarnya telah terserlah sifat kemunafikan musuh2 Islam berkenaan.

Kesimpulannya, PAS tidak ada halangan pun jika musuh2 Islam ingin menggunakan perkataan Islam kpd parti mereka sekiranya itulah yg difikirkan terbaik dan berupaya memberikan hidayah Allah kembali kpd mereka!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 5:54 PTG delete

PAN jadi barua DAPigs dah nyata bukan fitnah, tengok saja hal ehwal agama Islam DAPigs selalu membantah dan PAN macam biasalah tunduk je.

Polotik matang dan sejahtera maksud kau tu UG la yer, pandai nya kau mana kau belajar nih? dengan PAN ke? Kau nak alih fitnah kau dan PAN kau kata politik matang dan sejahtera itu UG, apa ke pemikiran kau nih? Fitnah tetap fitnah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 5:57 PTG delete

Ini bukan andaian, memang siti kassim satu kapal dalam kapal PH, kau tak nak mengaku pulak, mangaku ajelah siti kassim sama pemikiran dengan pemimpin PH dan Bersatu. Hebat kan?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 7:56 PTG delete

Yang pasti dan lagi jelas PAS dan Umno sekapal. Andaian tidak perlu bukti, mungkin dengan sebab kritikan Siti Zabedah Kasim terhadap PAS dan Najib maka dengan mudah menuduh Siti Zabedah Kasim bersama PH sedangkan dalam pada masa yang sama Siti Zabeda Kasim juga telah keluar kenyataan mengutuk Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Adakah ini bermakna Siti Zabedah Kasim bersama-sama dengan PAS dan Umno? Ulama tugasnya berdakwah bukan membuat fitnah dan tuduhan membuta tuli sebalik mengajak masyarakat kepada Islam.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 8:18 PTG delete

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab membawa masuk Islamisasi ke dalam Malaysia, kata peguam merangkap aktivis kontroversi Siti Kasim.

Dalam satu temuramah dengan Malay Mail Online, Siti menyalahkan Ketua Pembangkang yang kini dipenjara, Anwar Ibrahim kerana membawa Islamisasi ke Malaysia dan akui beliau adalah “orang yang paling gembira” apabila Anwar “ditangkap”.

“Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu.

“Dia yang bersalah, dia yang membawa dalam Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.

“Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam?

“Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam,” kata Siti dalam artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk “10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist”.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 11:05 PTG delete

Kalau diteliti dengan pandangan dan pemikiran pancaindera yang telah dianugerah oleh MAHA pencipta hakikat sebenarnya PH la yang berjaya dimainkan dan dikucar-kacirkan oleh UMNO/BN.

Mereka semua dah dikuasai dan dibodohkan oleh UMNO melalui Madey, mereka semua sudah menjilat kahak mereka yang diludahkannya satu ketika dulu. Hanya PAS masih lagi berpegang pada prinsip.

Reformasi 1998 dilupakan dan disucikan oleh Madey, siapa yang tidak bermoral sebenarnya Madey ke DSAI? Mintak rapiji buat kajian sikit, tanya rakyat DSAI ni bersalah ke? Tengok apa mereka jawab, rakyat masih keliru.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 April 2017 11:55 PTG delete

Tak pernah aku melihat sipondan rapiji yg selama ini mengutuk ttg kekayaan mahdey dan anak2nya mll bbrapa siri ceramah akhirnya tunduk tersipu mencium tangan mamak tua tersebut baru2 ini.
Nampaknya bukan sekor ttp ramai pemimpin2 haprak yg gigih membogelkan geng mahdey dan warisnya skrg terbogel maruah dan prinsip mrk.
Bermakna klu mrk yg munafik ini berada di kedudukan yg tinggi akan melakukan perkara yg sama tersebut spt mahdey krn sifat munafik mrk krn tidak tegas mempertahankan prinsip perjuangan.
Ambil cth spt seorg rakan pgayR yg pernah sama2 terlibat dlm siri reformasi 98 hingga skrg rasa nak ludah muka2 mrk.Otai tegar ini berkata selagi mahdey tidak mengaku secara terbuka tuduhan liwat anwar adalah fitnah..dia tidak akan menyokong usaha mahdey dlm haprak.Bermakna akar umbi masih berprinsip dan bermaruah tidak spt pondan rapiji dan yg sewaktu dgnnya.
Bagi aku...lantak koranglah...
Mahdey dan anwar 2x5 krn berjuang bukan utk rakyat ttp atas kepentingan peribadi. Masing2 gila dgn kuasa dunia yg tak seberapa.
Kpd PANtat dan pgayR...kesian dgn korang krn kalah prinsip berbanding parti lawan korang.Paling malang bila korang sekadar hamba abdi kpd kapir dapigs...hehehe

X-Reformis 98

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 12:36 PG delete

Bermoralkah manusia yang tidak reti maafi musuhnya? Bermoralkan manusia yang hanya menggunakan bahasa maki hamun dan penghinaan? Bermoralkah manusia yang menjilat lendir-lendir pemimpin munafik dan zalim? Bermoralkah manusia sekadar fitnah menjadi bahan sebagai pedoman? Sendiri fikir dan fahami, jangan menjadi jaguh maki hamun, fitnah dan melebal. Semoga Allah kurniakan hidayah dan pertunjuk kepada kita semua. Dan berlapang dada dalam menerima fakta dan realiti.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 12:41 PG delete

Biar apa pun pandangan yang penting kepimpinan zalim yang ada sekarang harus ditukar. Bagi apa pun alasan pemimpin yang sedia ada inilah sedang menzalimi rakyat. Apa yang paling penting tumbangkan pemimpin zalim sedia ada, inilah kewajipan sekarang.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 12:52 PG delete

Bila fitnah berada dijari-jari tiada ayat-ayat sopan digunakan. Politik matang kononnya....nak gelak...hahaha

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 1:31 PG delete

Masak wanrosli walataik kene balon terus senyap menikus. Jgn ckp pasal moral dgn wanrosli sbb dia dah kata saja buat2 bodoh supaya pro pan jd bengkek....yg pasti bukan bengkek tp wanrosli yg jadi bodoh
Kahkahkahkah. Kalau begitu kita letak terus nama wanrosli bengkek. Kehkehkeh

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
3 April 2017 4:10 PG delete

Sekurang2nya UMNO masih atau pernah ada keinginan utk menjelmakan RUU 355 kerana bimbang dgn murka Allah maka ini membuktikan masih ada keimanan dlm diri mereka!

Bagaimana pula dgn mereka yg mengharap agar RUU 355 ini tidak menjadi kenyataan kerana bimbang dengan murka DAP? Maka ini membuktikan masih ada ........ kah??

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 6:54 PG delete

Yang maha zalim sebenarnya dah menguasai PH dan diperbodohkan oleh beliau, jatuh pemimpin zalim naik pula pemimpin maha zalim, mereka semuanya dari umno yang terkenal dengan kezalimannya, PH sebenarnya dah dikenxing oleh umno.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 6:57 PG delete

Tak perlu nak tanya pasal moral la, dalam PH siapa pemimpin yang betul2 bermoral, tiada satu pun, jangan membodohkan diri sendiri, PAS la satu-satunya parti yang bermoral dan berprinsip, jauh dari rasuah dan kerosakan akhlak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 7:03 PG delete

kahkahkahkah.....kamu semua tak layak nak bercerita pasal moral, pemimpin kami jauh bermoral dari pemimpin korang, betulkan dulu moral pemimpin PH, betulkan dulu pemimpin korang yang suka pada kelab malam, kaki betina, pemimpin rasuah, pemimpin mabuk arak, pemimpin yang kumpul harta kekayaan hasil dari rakyat, dan pemimpin yang suka dengan fitnah.....kahkahkahkah....moral konon....phtuuuiiiiii.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 7:20 PG delete

Oooo agen Umno rupanya, sudah terbukti. Sekian terima kasih.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
3 April 2017 2:04 PTG delete

Agen org islam yg saya yakin kpd hukum Allah bukannya agen (barua) DAP yg rasa hukum Allah tak sesuai di mukabumi Allah sendiri..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 4:06 PTG delete

Agen umno la wanrosli ni
Patutla kemain lagi menyembah umno.90juta telan smpi xberani nk saman usang dan Sarawak report...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 April 2017 4:08 PTG delete

Moral tantawi tgk video blue germany xnk betulkan ker.kiiiki

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
3 April 2017 7:02 PTG delete

Kenapa bila aku cakap mereka tak yakin akan hukum Allah mereka tak pernah menafikan. Adakah mereka bimbang DAP akan berdehem jika mereka berani menafikan! Hinanya kamu wahai barua DAP!

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
3 April 2017 11:20 PTG delete

Penfitnah pulak mcmana? Ada ke ayat yg mengatakan penfitnah mcm haiwanrosli ni mulia?

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
4 April 2017 7:05 PTG delete

Tahniah MOHD NASIR kerana amat redha LGE pengerusikan mesyuarat belek fatwa utk org Islam! Ini memandangkan tiadanya sebarang penafian dari MOHD NASIR.. Kalau fitnah sila nafikan!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 April 2017 10:58 PTG delete

Kesian tgk anon badut parti lebai hancing..bersungguh2 nak tunjuk pd pembaca IQ nya cuma 1%. Setiapkali ditanya soalan dia bagi jawapan merapu..kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 April 2017 11:00 PTG delete

UMNO parti sarkis. PAS parti badut. Sehati sejiwa.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
5 April 2017 5:29 PG delete

PAN parti barua. DAP parti anti RUU 355. Sehati sejiwa..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 April 2017 6:30 PTG delete

ruu355 akta sekular.

PAS rasuah dah jd barua parti penyamun UMNO.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 April 2017 6:33 PTG delete

Hukum Allah ke hukum Hadi lebai hancing buat ko meroyan sana sini..badut PAS.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
5 April 2017 7:07 PTG delete

Bukan ke kalau RUU 355 sekular, DAP suka ke? Kalau nak pertahan DAP pun jgn tunjuk sifat 7B tu sangat:
1. Bengap
2. Bangang
3. Bengong
4. Bebal
5. Bodoh
6. Bongok
7. Barua

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 April 2017 8:01 PG delete

Ketua lebai hancing jual agama 90juta mengencing walaun biol 7B di atas..

Parti Ajaran Syaitan.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
6 April 2017 10:38 PG delete

Parti Aliran Najis belaan DAP.. Jangan jual agama kepada DAP sudahlah.. Bukti jual agama bilamana si kafir boleh jadi pengerusi belek fatwa negeri. Jika PH memerintah negara nanti ada peluang jadi pengerusi mesyuarat fatwa kebangsaan pula si kafir tu!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ The Geng