HOT!! : YB RAFIZI BUAT HAL LAGI..DEDAH DANA 1MDB TERKINI!!!!

Nasharudin Mat IsaNasharudin Mat IsaIklan : WWW.GAJIMASYUK.COM
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini, beliau menamakan bekas timbalan presiden Pas itu sebagai penerima dana 1MDB.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharudin yang kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan timbalan presiden parti pada 2011 sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor, Nasharudin mendaki hiraki kepimpinan Pas sebagai timbalan presiden parti setelah menewaskan penyandang jawatan yang juga tokoh veteran Pas Ustaz Hasan Shukri.
Setelah tidak lagi memegang jawatan penting dalam Pas, beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi RamliRafizi RamliRafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan Pas menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pemimpin Pas dan pernah ditegur mursyidul am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Rafizi berkata tranksaksi itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB.
"Pas perlu kembali semak pastikan tidak ada satu sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan Pas," kata Rafizi.
Menurut Rafizi, pegawai kanan SPRM itu juga menjelaskan bahawa siasatan ke atas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebahagiannya berpindah kepada peguam tertentu.
SPRM katanya sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International melalui beliau.
Salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun Rafizi tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.
Menurutnya lagi, ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga pernah bertemu bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB membabitkan Najib.
Menurutnya, perkara yang didedahkannya itu menjurus kepada salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara kerana bayaran kepada pemimpin Pas itu dibuat bagi 'melunakkan' suara Pas dalam isu 1MDB.
Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut," tegas beliau.
Rafizi juga memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya beliau boleh membuktikan kebenaran dakwaan itu.
"Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.
"Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga," cabar beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan menyiasat perkara ini.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]
Previous
Next Post »

18 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 10:56 PG delete

Lambat sangat admin, lembab.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 2:37 PTG delete

Sepatutnya rapiji jadi penyelamat PKR yang memburuk dan parah dengan rasuah dan kerosakan akhlak dalaman PKR, tak perlu nak memburukkan PAS yang ternyata pemimpinnya mempunyai akhlak yang terpelihara dan bebas dari gejala rasuah. rapiji nih bacul dan venggong sebenarnya, kasihan PKR mempunyai pemimpin anak tahi pencipta fitnah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 2:41 PTG delete

Yang dituduh Nasharuddin Mat Isa, yang kena jawab TGHA, yang kena tangkap kerana kekayaan luar biasa ialah Adam dari ketua amk PKR sendiri, tiada kena mengena dengan PAS, beggong dan bahalol rapiji nih.

Reply
avatar
mahligai seni
AUTHOR
14 April 2017 4:38 PTG delete

Salam. Kalau saudara ini orang Islam, boleh tak saudara berkomentar tanpa menggunakan perkataan kasar dan perkataan kotor? Saya bertanya begitu kerana saya berhak memberi peringatan kepada saudara sebagai orang seagama. Saya harap saudara faham. Wassalam.

Reply
avatar
mahligai seni
AUTHOR
14 April 2017 4:40 PTG delete

PERTANYAAN ATAS DASAR SAUDARA SEAGAMA:

Salam. Kalau saudara ini orang Islam, boleh tak saudara berkomentar tanpa menggunakan perkataan kasar dan perkataan kotor? Saya bertanya begitu kerana saya berhak memberi peringatan kepada saudara sebagai orang seagama. Saya harap saudara faham. Wassalam.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 4:57 PTG delete

Kita kalau nak jaga akhlak bukan dari percakapan je kena tgk perbuatan kita dulu, cakap kasar tu sebab yang mereka memfitnah tanpa bawa bukti, cakap berlapik macam akhlak mulia tapi perbuatan melebehi munafik, nak jaga dalam kain orang lain dalam kain sendiri pun membusuk, memang rapiji nih patut dilemparkan kata-kata kasar biar padan dengan perbuatannya yang venggong, dari langkah kajang sampai sekarang pun masih sibuk memfitnah orang, mulia ke akhlak rapiji nih?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 4:59 PTG delete

Tak boleh nak berlembut dah dengan rapiji nih, memang rapiji nih jenis butir tahi pemfitnah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 9:13 PTG delete

ISU MEMAKI, MENCARUT, SUKA MELABEL:

Adakah hukum haram untuk sesuatu yang kita berbuat tak baik, dicairkan hanya menjadi makruh sahaja hukumnya atas justifikasi orang lain berbuat lebih tak baik...?

Yg haq tetap haq. Bathil tetap bathil. Usah mengkabur²kan yg bathil menjadi haq; manakala yg haq disamar²kan menjadi bathil...

Kembalilah kepada ajaran Islam yg sebenar. Jgn disebabkan oleh sikap penganut yg tidak mengikut ajarannya, penyebab kpd agama Islam itu di pandang hina...

Wallahua'lam...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 9:23 PTG delete

Bagaimana dengan berbuat tak baik seperti fitnah, adakah sama dengan maki, mencarut dan melebal?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 9:41 PTG delete

Bersatulah mukmin dan muslim dibawah satu payung bersama jemaah muslim yang ada imamnya seperti PAS.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 10:05 PTG delete

Lapiji kutuk,hina dan fitnah orang...siapa rasa dia sahabat baik lapiji...sila tegur dia elok2.
Semua org tahu kaedah yg digunakan lapiji ialah mghasut aka memfitnah utk mencapai objektif mrk.Ia pengakuan ikhlas lapiji sendiri.Dalam youtube ada.Adakah ia dibenarkan dlm Islam dan yg bersekongkol pula tidakkah dinamakan bersubahat.
Rasanya lapiji pon layak dikutuk dan dihina krn hukum karma akan pulang balik kpd dia....

Reply
avatar
aminsihat
AUTHOR
14 April 2017 10:25 PTG delete

Anwar Ibrahim sudah disahkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya oleh Mahkamah Persekutuan sebulat suara sebanyak 2 kali dengan 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang berlainan namum PAS tetap berpendirian tidak mempercayainya.


Lim Guan Eng sudah diheret ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan 2 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sebagai KM Pulau Pinang kes melibatkan pembelian banglo dibawah harga pasaran .. Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS dan keseluruhan pimpinan PAS mengambil sikap dan pendirian Lim Guan Eng tidak bersalah seblum dibuktikan bersalah di mahkamah.


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sekadar membuat Akuan Bersumpah kononnya memperolehi maklumat dari bekas Pegawai Tinggi SPRM yang kini dikatakan dalam siasatan pihak berwajib atas kesalahan salah guna kuasa .. para fanatik Anwar Ibrahim termasuk para pemuja DAP terus anggap ianya sahih sedangkan yang cuba beliau kaitkan ialah bekas Timbalan Presiden PAS sejak 2011.

Nilai sendirilah, bagi orang yang berakal dan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 April 2017 10:34 PTG delete

Semuanya tidak mustahil. Jadi, ust nashasamandan bawa ke mahkamah. Kalau tak ambil. tak guna wang apamau takut..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
15 April 2017 6:01 PG delete

Ni sorang lagi bebal (bahasa berhemah jugak ni kpd yg layak.. konon nak berhujah tapi hanya buat malu PAN dan nobody)..

Sejak berbaik dgn DAP aku berbaik sangka PAN boleh berdakwah kpd DAP. Tapi rupa2nya DAP yg sebaliknya telah mengajar akhlak Islam kpd PAN bahawa jika kita menuduh seseorang:
1. Kita tak perlu kemukakan bukti apa2 pun.. yg perlu ialah kita cabar org yg kita tuduh tu agar bawa ke mahkamah;
2. Kita perlu kemukakan fitnah sehingga RM90 juta.. ehhh silap! kemukakan sehingga 90 mukasurat fitnah baru padan muka org yg kena tuduh! (Kalau kita kantoi takpe, kita boleh mintak maaf di dlm atau di luar mahkamah kemudian)

Hasil dari didikan agama DAP kpd PAN tersebut di atas, maka kini PAN telah menobatkan DAP ke tahap yg lebih tinggi lagi dgn membolehkan DAP menyediakan:
1. Si kaki kelab malam jadi pengerusi Maqasid Syariah
2. Si kafir lahanat jadi pengerusi mesyuarat fatwa negeri

Tahniah PAN! Mujurlah kami tendang kamu keluar dari PAS tahun 2015 dulu!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 April 2017 6:43 PG delete

Parti lebai2 rasuah 90juta ramai pondan.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
16 April 2017 7:41 PG delete

Setelah gagal dgn 90 mukasurat kini mencuba dgn 90 juta pula.. jangan terkejut jika utk takluk Kelantan akan digunakan alasan mimpi arwah TGNA sehingga 90 kali pula!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 April 2017 12:14 PTG delete

Sudah2la fitnah tu wanrosli.. Cer buktikan pas bukan kaki fitnah.. Mana Video matsabu tolak hudud tu????

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
17 April 2017 4:06 PTG delete

Harap2 ulamak PAS tidak seperti lebai tokong asyik tunduk layu kpd DAP!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes