Dato Husam Musa : 'Tidak jadi dosa Amanah rai pemikiran Tok Guru'

DatukHusam MusaDatukHusam Musa
Datuk Husam Musa yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika Almarhum menjadi Menteri Besar Kelantan pada 1990 menyifatkan tidak salah untuk Parti Amanah Negara (Amanah) mengadakan wacana berkaitan tokoh dihormati kawan dan lawan itu.
Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, seseorang ikon memang turut diraikan di luar kelompoknya dalam sejarah panjang dunia.
"Sememangnya sampai hari ini Nabi Ibrahim menjadi sebutan semua pengikut agama lain. Itu adalah lumrah.
"Kita tidak boleh menghadkan ketokohan itu dalam kelompok kita semata-mata. Salahuddin Ayyubi (1137 -1193) atau Saladin menjadi tokoh kajian dan cukup dikagumi masyarakat Barat.
"Tidaklah pelik atau menjadi satu dosa untuk Amanah sebuah parti yang akar dan benihnya adalah daripada Pas untuk meraikan pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Tokoh Pas yang bersama Pas sehingga ke akhir hayat," ujarnya dalam ucaptama seminar pemikiran tokoh itu di ibu negara hari ini.
Menurut Husam, 58, sebahagian pemimpin Amanah pada masa ini adalah pendukung pemikiran politik progresif Islam warisan Tuan Guru Nik Aziz.
"Nik Aziz tokoh mutakhir yang membawa pendekatan siasah Islam progresif, terbuka, dinamik, wakiq dengan pendekatan yang diterima dan bijaksana.
"Kematian Nik Aziz menjadi permulaan era baru bagi hala tuju Pas serta penghakisan pemikiran dan pendekatan politik Nik Aziz daripada Pas termasuk robohnya kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat yang telah membawa Pas memperoleh pengaruh di Pantai Barat Semenanjung Malaysia," tegasnya dalam seminar anjuran Amanah Kawasan Batu disokong Amanah Nasional itu.
Turut hadir Presiden Amanah, Mohamad Sabu manakala Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang menjadi panel pembentang pertama diikuti Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong serta Penyelaras Anwar Ibrahim Research Institute (AIRIS), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Mengulas lanjut, Husam berkata, dasar pimpinan Pas pada masa ini yang kononnya berpegang pada slogan baru politik matang dan sejahtera merupakan satu tanda penghakisan pemikiran Nik Aziz daripada parti tersebut.
"Secara tidak langsung, Pas mengisytiharkan pendekatan politik Pas selama ini (iaitu) ketika Nik Aziz memimpin kerajaan negeri (Kelantan) adalah tidak matang dan tidak bertunjangkan kesejahteraan.
"Sebenarnya, motto itu telah cuba membawa Pas meninggalkan pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Serentak itulah, Amanah lahir. Lebih penting lagi Amanah sebenarnya pada hemat saya adalah jelmaan pemikiran politik Tok Guru Nik Aziz," jelasnya.
Secara berseloroh Husam yang juga mantan Ketua Pemuda Pas Kelantan (1996-1999) berkata, sepatutnya Pemuda Pas yang membincangkan tentang pemikiran Tuan Guru Nik Aziz tetapi disebabkan enggan berbuat demikian maka Amanah pula yang membincangkannya.
"Warisan pemikiran politik seorang tokoh dari parti yang berbeza dalam satu acuan baru bukan perkara yang pelik.
"Bila tokoh yang asal terbantut, cabang yang baru boleh tumbuh seperti mana akar tunjang dan pemikiran itu masih kuat," tambah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan itu.
Berkongsikan pengalamannya yang rapat dengan Nik Aziz, Husam turut memberitahu tugasnya sebagai Setiausaha Akhbar selama tiga tahun kepada Almarhum dianggap paling 'enjoy' dan berharga.
"Saya adalah anak buah beliau. Ada masa kami berbahas satu-satu tajuk yang memerlukan percambahan pemikiran. Namun, secara senyap-senyap, dia (Nik Aziz) adalah teman, ayah dan sahabat saya," ujar Husam lagi.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]
Previous
Next Post »

10 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 1:06 PTG delete

Kalau bercakap berkata lebong terhadap ATGNA, kalau diamanahkan ATGNA dikhianati, kalau berjanji dengan ATGNA tidak ditepati boleh pulak kata tak berdosa walhal terserlah sifat munafik. Itulah parti PAN yang mengaku memperjuangkan Islam walaupun masih belum ada perlembagaan parti.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 1:19 PTG delete

ATGNA tak lari tinggalkan PAS tapi PAN lari dari jemaah ATGNA sendiri, itu pun dah menimbulkan dosa apatah lagi sesuatu perkara yang hendak dilakukan terhadap ATGNA wajib meminta kebenaran dari tubuh batang yang terlibat, kalau tubuh batang tu dah mati seharusnya meminta izin dari keluaga terdekat. Kalau tak diizinkan kelurga maka ianya akan menimbulkan dosa, oleh kerana gilakan jawatan dan kuasa husang sanggup mengambil risiko menanggung dosa dengan berkata ianya tidak berdosa.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 1:28 PTG delete

Lebih elok kalau husang ambil Nabi Ibrahim sebagai contoh, seminar pemikiran Nabi Ibrahim, sebabnya ATGNA pun seiring dengan Nabi Ibrahim iaitu bertakwa kepada Allah swt, ATGNA bukan pemikir. beliau berjuang berlandaskan Al-Quran dan Hadis, kenapa husang tak rujuk pada Al-Quran dan Hadis seperti apa yang ATGNA dan lain2 ulamak lakukan?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 April 2017 3:51 PTG delete

Husam Musa menerima jutaan ringgit dari genting sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan genting kata RPK.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 April 2017 4:42 PTG delete

Nak sebarkan cerita yg baik utk jd tauladan pun disekat.

Reply
avatar
Faizal Zainal
AUTHOR
12 April 2017 2:18 PG delete

Kah..kah...kah
Lihat sejarah TGNAA...
tak da perlembagaan tak boleh berjuang untuk islam..
Pemikiran dari lebai al mereng ke..... butir tahi........
Ka...kah...kah

Reply
avatar
Faizal Zainal
AUTHOR
12 April 2017 2:19 PG delete

Kah..kah..kah...kah
Anak beliau mahu menganjurkan seminar pemikiran najib....

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
12 April 2017 8:16 PG delete

Sudah terbukti org PAN lebih akur kpd LKS berbanding almarhum TGNA yg dikhianati dalam isu sumpah baiah yg dimulakan arwah.

Saya harap org PAN selepas ini TIDAK MALU utk menganjurkan "Seminar Pemikiran Lim Kit Siang" pula setelah terbukti dgn jelasnya mereka tidak pernah berbeza pendapat dgn LKS berbanding dgn arwah TGNA yg sewenang2nya dilanggar Sumpah Baiah!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 April 2017 10:31 PTG delete

Sudah2 la ckp perkara bodoh wanrosli. Cer tunjuk mana bukti video matsabu tolak hudud tu?????

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
14 April 2017 9:32 PG delete

Sepatutnya kita perlu rasa terhina bilamana hendak membelek fatwa pun kita terpaksa serahkan kepada si kafir dan malah kita tak berani walau sepatah perkataan pun menegur tindakan si kafir lahanat itu! Ini baru betul2 hina!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes