Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 14, 2015

HOT!! : YB KHALID SAMAD JAWAB FITNAH GENG USTAZ MUDA DALAM PAS..


Foto Saya

Tajuk : ‘Liberal’ dan ‘Ekstrimis’: Apa Perbezaan Sebenar?

Setelah saya menulis berhubung sikap ‘Syadid’ atau ‘Ekstrimis’ yang ditunjukkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, saya terus diajukan tuduhan bahawa saya pula membawa sikap ‘Liberal’. Walaubagaimanapun, label ‘Liberal’ yang sering digunakan ini tidak pula diberikan takrif dan penerangan berhubung apa yang dimaksudkan dengan istilah tersebut. Sepertimana biasa, yang dikemukakan hanyalah sekadar ‘sindiran’ dan ‘qiasan’ akan apa yang dimaksudkan. Silap-silap yang tukang label pun tidak faham apa yang dimaksudkan!

TAKRIF MAKSUD ‘LIBERAL’

Namun takrif tetap diperlukan supaya dapat difahami apa yang dimaksudkan. Oleh kerana tukang label sendiri tidak mampu memberikan takrif, maka terpaksalah saya kemukakan satu takrif atau definasi!

Berdasarkan sindiran dan qiasan yang dibuat oleh mereka yang gemar melabel dengan label ‘Liberal’ ini, saya rumuskan yang dimaksudkan dengan istilah ‘Liberal’ itu adalah sikap ‘menolak hudud’, ‘tidak menghormati ulama’, ‘pentingkan kemenangan dunia lebih dari akhirat’, ‘pentingkan akal lebih dari wahyu’, ‘wala’ pada DAP dan PKR, bukan kepada PAS’ dan ‘suka membocorkan rahsia parti’. Kalau saya tersilap atau ada yang tercicir, harap betulkan saya.



Sekiranya itu semua adalah apa yang dimaksudkan dengan istilah itu, maka saya menafikan kesemuanya itu ada pada diri saya. Ia tiada juga pada pimpinan lain yang disangkutkan label yang sama secara sewenang-wenangnya. Ianya tidak berbeza dengan penggunaan istilah ‘Jebon’ dan ‘Parasit’ yang telah saya telah kupaskan terlebih dahulu yang hanya bertujuan menjatuhkan beberapa orang pemimpin PAS demi agenda politik yang tersirat. Ianya hanya sekadar rekaan untuk menaikkan sentimen kebencian terhadap golongan yang digelar ‘Liberal’.

Sebahagian besar dari masalah yang ditimbulkan tidak pernah dialami sehingga kemunculan kumpulan yang bersikap syadid dalam jemaah. Sebagai contoh, masalah ‘bocorkan rahsia’ tidak pernah berlaku kecuali setelah munculnya beberapa pemimpin ‘syadid’ di peringkat Nasional. Sebelum ini, yang digelar ‘Liberal’ telah berpuluh tahun lama berada sebagai AJK PAS Pusat, tidak pernah ianya berlaku. Maknanya, ianya masalah baru yang mungkin dilakukan oleh yang baru, tetapi ditempelak yang lama!

TAKRIF MAKSUD ‘EKSTRIMIS’

Tidak seperti mereka, saya telah memberikan takrif sikap ekstremis atau ‘syadid’. Dan takrif saya, seperti yang saya sebut dalam tulisan saya sebelum ini, adalah seperti berikut:

“Waspada terhadap kewujudan sikap ‘PAS Ekstrim’ dengan pendekatan memaksa dan mengugutnya dan ketidak-mampuannya untuk berkawan dengan yang berbeza dengan mereka, walaupun sejemaah, apa tah lagi dari jemaah lain. Sikap ini yang menyebabkan PAS berpecah dan akan kecundang kerana pendekatannya ‘ekstrim’ tanpa hikmah mahupun kebijaksanaan. Sikap ini bakal menjadikan PAS terpencil, dibenci dan dipinggirkan oleh rakyat jelata.”

“Mereka bagaikan ‘tukang fatwa’ dan ‘tukang hukum syadid’ atau ekstrim.”


Sifat yang saya gelar sebagai sifat ‘PAS ekstrim’ ini sememangnya wujud dan berbeza dengan pendirian saya. Saya gelar sikap mereka ‘Ekstrim’ dan mereka pula gelarkan sikap saya ‘Liberal’. Sedangkan maksud ‘Liberal’ tidak dijelaskan dan hanya sindiran dan qiasan yang sengaja direka-reka.

Walaupun gelaran ‘Liberal’ tidak sepertimana yang disindir dan diqiaskan dan ianya hanya rekaan, namun sikap golongan yang digelar ‘Liberal’ dibenci teramat sangat oleh mereka. Begitu benci sehingga sanggup memfitnah dengan fitnah yang berat dan sanggup juga dengan itu menanggung segala dosa yang datang dengan kerja memfitnah itu? Percayalah, sekiranya ‘ustaz’ sekalipun, mereka tidak akan terlepas dari dosa memfitnah apabila memfitnah. Malahan mungkin ditimpa Allah dengan balasan dosa berganda atas sebab dirinya Ustaz!

APA SEBENARNYA PERBEZAAN ANTARA ‘EKSTRIMIS’ DAN YANG DIGELAR ‘LIBERAL’

Sebenarnya sikap yang digelar ‘Liberal’ yang dibenci sangat adalah sikap yang berlawanan dengan sikap ‘Ekstrimis’. Saya senaraikan sebahagiannya di sini:

1. ‘PAS Ekstrim’ suka memaksa dan mengugut. Pendekatan mereka di Permatang Pauh jelas memperlihatkan kaedah ini. Tiada hikmah mahu pun berhemah.

Pendekatan yang digelar ‘Liberal’ pula suka memujuk, berbahas dan memberi penerangan. Ianya pendekatan yang bertujuan memahamkan dan mengubah sikap, bukan memaksa sikap ke atas seseorang.

2. ‘PAS Ekstrim’ suka sesama mereka dan tidak pandai berkawan dengan yang tidak sependapat dengan mereka. Yang tidak sependapat dilekehkan dan boleh difitnah dengan berbagai-bagai gelaran. Kalau sesama jemaah pun sanggup difitnah, apatah lagi yang luar jemaah! Ini termasuklah fitnah yang dilemparkan terhadap DS Wan Azizah kononnya ‘menolak hudud’ dan Lim Kit Siang yang kononnya ‘mengherdik agama Islam’ semasa berucap di Kota Bharu baru-baru ini.

Oleh kerana tidak pandai berkawan dengan yang berbeza pandangan, maka program yang dijalankan hanyalah sesama PAS dan tidak melibatkan pihak lain.

Sikap yang digelar ‘Liberal’ pula selesa berkawan dengan semua, yang sependapat dan yang tidak sependapat. Saling hormat menghormati perbezaan, samada dalam jemaah yang sama atau pun yang di luar jemaah. Program mereka melibatkan semua yang ingin menentang kezaliman dan menegakkan keadilan seperti program bantah GST pada 1 Mei yang lalu. Maka kedudukan sebagai ‘pemimpinan rakyat’ diusahakan melalui keterlibatan sebegini.

Asalkan tidak menentang perjuangan Islam melalui kekerasan atau kuasa politik dan undang-undang seperti UMNO/BN, maka tidak dianggap musuh.

3. ‘PAS Ekstrim’ sanggup melihat PAS berpecah dengan yang tidak sealiran dengan mereka dikeluarkan dari PAS. Ini adalah kerana mereka melihat pandangan yang berbeza itu adalah sesat dan salah. Ini jelas dari isi kandungan FB mereka, di antaranya seperti yang dikatakan milik Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokhtar Senik. Samada benar ianya miliknya atau tidak saya tak tahu tetapi setakat ini dia tidak menafikan. Saya letakkan di sini salah satu tulisan di FB beliau yang menzahirkan sikap ekstrim yang dibawanya.


Sikap yang digelar ‘Liberal’ pula ingin PAS kekal bersatu sambil mengamalkan ‘adaabul ikhtilaf’. Perbezaan diurus melalui perbahasan ilmiah dan pihak yang berbeza pandangan tidak dianggap semestinya ‘sesat’ tetapi dianggap perbezaan kaedah dan pendekatan.

4. ‘PAS Ekstrim’ menolak perlunya berhikmah dan bijaksana dalam mendokong perjuangan Islam. “Rempuh sahaja, yang penting kita dapat pahala dan keredhaan Allah” kata mereka lagi.

Sikap yang digelar ‘Liberal’ pula menganggap hikmah dan kebijaksanaan sesuatu yang amat diperlukan. Tidakkah ‘FaTaanah’ salah satu sifat yang wajib bagi Nabi? Maka dalam mendukung perjuangan, perlu ada strategi dan taktik, ada awlawiyyat atau keutamaan dan ada juga keperluan untuk bertolak ansur (tasaamuh) berhubung yang kurang utama demi mencapai yang lebih utama.

Apabila PR dibentuk dahulu, sepertimana juga BA, sikap yang digelar ‘Liberal’ ini difahami dan diguna-pakai oleh semua. Maka adanya persetujuan untuk menumpu kepada perkara yang dipersetujui bersama. Isu ini yang perlu ditonjolkan supaya kesepaduan PR dapat dizahirkan.

Dalam isu yang tidak dipersetujui bersama, setiap parti boleh membawanya atasnama parti tersebut, tetapi tidak boleh membawanya atas nama PR. Oleh itu, satu persefahaman dapat dibentuk dan dilaksana dengan baik.

Kebelakangan ini sikap ‘Ekstrimis’ semakin ditonjolkan. PAS seolah-olah tidak lagi berminat membawa isu yang ada persefahaman tetapi sebaliknya hanya ingin menonjolkan isu yang tidak dipersetujui bersama dan dengan itu mencetus perbalahan.

5. ‘PAS Ekstrim’ amat gemar ‘menghukum dan berfatwa’ selari dengan pendekatan ‘memaksa dan mengugut’. Mudah keluar dari mulut-mulut mereka tuduhan ‘Munafik’, ‘Rosak Aqeedah’, ‘Kafir’, ‘Tolak Syariat’, ‘Haram ini dan itu’ dan sebagainya. Lihat kembali kepada Pilihan Raya kecil Permatang Pauh dan bagaimana sikap ini dizahirkan.

Sikap yang digelar ‘Liberal’ pula lebih cenderung kepada konsep “Nahnu Duat laa Khuda” atau kami pendakwah/penyeru bukan penjatuh-hukum atau Qadi.

PERBEZAAN PENDEKATAN DAN KAEDAH DAKWAH

Oleh kerana wujudnya sikap yang berbeza ini, maka terhasil perbezaan dalam kaedah dan pendekatan dakwah terhadap masyarakat. Yang bersikap ‘Ekstrimis’ lebih suka bersendirian untuk menyatakan pendirian tanpa dikongkong oleh mana-mana perjanjian atau persepakatan. Oleh itu mereka melihat PR sebagai sesuatu yang menyekat dan tidak membantu perjuangan Islam. Hasil dari itu mereka ingin sangat-sangat untuk membawa PAS keluar dari PR dan ini terbukti dengan kecenderungan mereka untuk sentiasa mencetuskan perbalahan antara PAS dan rakan PR.

Demi mencapai matlamat ‘murni’ keluar PR, mereka tidak merasa bersalah sekiranya memfitnah DS Wan Azizah atau Lim Kit Siang sekalipun. Matlamt ‘murni’ mereka perlu dicapai dengan apa jua cara. Menuduh DS Wan Azizah ‘menolak hudud’ adalah fitnah sepertimana dijelaskan oleh Dato Tuan sendiri sambil ucapan LKS yang dituduh “mengherdik hudud” sebenarnya menunjukkan tahap kefahaman yang jauh lebih baik berbanding ungkapan “langkah mayat saya dulu”.

Mungkin antara contoh yang paling jelas sikap ekstrimis ini adalah ‘WhatsApp jentik’ Dr Zuhdi. Pendedahan WhatsApp ini mungkin bertujuan untuk menyedarkan ahli PAS bahawa wujudnya sikap ‘Ekstrimis’ ini di kalangan pimpinan supaya ianya ditolak. Ianya satu sikap asing dengan PAS! Ianya begitu rasis dan tidak berprinsip. Malangnya, seperti dalam kes Tabung Haji, ahli disibukkan dengan persoalan siapa ‘bocorkan’ WhatsApp tersebut dan bukan dengan isi kandungannya yang begitu songsang.

KESIMPULAN

Sebelum kemunculan sikap ‘ekstrimis’ ini, PAS telah berjaya membina hubungan yang baik bersama PKR dan DAP. Tetapi semenjak kemunculan sikap ini, sedikit demi sedikit, perbalahan semacam sengaja dicetuskan sehingga hubungan PAS dan rakan-rakan PR menjadi semakin tegang.

Oleh itu saya yakin, sekiranya golongan yang digelar ‘Liberal’, (mereka ini juga digelar ‘Jebon’, ‘Parasit’, ‘Anti-Hudud’, ‘Anti-Ulama’ dan lain-lain), dikalahkan dalam pemilihan dalam muktamar tahun ini, maka akan muncul PAS berwajah baru. Wajah baru yang ‘syadid’ atau ‘Ekstrimis’ seperti disebut di atas yang lebih mirip kepada ISMA dari PAS yang kita kenali selama ini.

Pada masa itu, PAS akan mula bergerak keluar dari PR dan realiti politik Malaysia akan berubah. UMNO/BN yang ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk, akan mendapat talian hayat yang baru. Ini adalah kerana ketiadaan saff yang bersatu untuk menentangnya.

Hasil usaha yang bersikap ‘Ekstrimis’, UMNO/BN akan kekal berkuasa. Sedangkan ianya lebih sukar untuk PAS berkembang di bawah BN kerana disekat dari setiap pelusuk dan yang berlaku sebaliknya di bawah PR. Maka inilah sebabnya golongan yang digelar ‘Liberal’ ingin pertahankan PR. Bukan kerana wala’ kepada PKR atau DAP seperti yang dituduh tetapi demi memperkukuhkan PAS melalui diperkukuhkan PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

6 ulasan:

  1. Mungkin tuan dan mereka yang sealiran dengan tuan didalam pas perlu mengkaji kedudukan atau keahlian tuan2 di dalam pas sepertimana puak2 lebai ingin menilai semula kerjasama bersama Pakatan Rakyat. adakah pas masih lagi relevan disisi tuan? ataukah tuan2 masih relevan disisi pas?

    BalasPadam
  2. Geng UG ni bukan cerdik sangat pun. Aku ada seorang kawan yang hadir dalam satu majlis usrah pemuda cawangan. Naqib macam baik je minta ahli menyokong kepimpinan ulama dan minta dikekalkan hh, sambil menggambarkan seolah2 hanya hh je berhak jadi presiden.

    Lalu kawan aku tanya, jika ikut perlembagaan pas, jawatan presiden boleh dicabar atau tak? Semua terdiam, sehingga diminta kawan aku bertanya berkali2. Akhirnya mereka mengaku bahawa jawatan tersebut boleh dicabar.

    Bila diceritakan balik... kawan aku kata muka naqib dan penyokong2 ug masa tu dah jadi mcm MUKA TAIK... punyai bengang sebab terpaksa mengaku bahawa jawatan presiden boleh ditandingi.

    Nak berhujah dgn ug.... hujah je guna perlembagaan pas, bangsa tu bukan faham pun main redah je.... sedangkan larangan Al Quran pun dia orang redah je.

    BalasPadam
  3. Salam. Tak faham la kenapa PAS dah jadi macam ni. Ramai yang kecewa dengan sikap sebahagian ahli dan pimpinan PAS yang tak boleh terima perbezaan pendapat. Beza pendapat tentang hudud dah kira macam terkeluar dari islam.

    Bagi aku semua tu dah tak penting dah. PAS ni tak dak beza macam UMNO saja. Orang melayu juga. Bila bab duit, ustaz PAS pun boleh terlucut serban dan iman. Dah banyak contoh dalam PAS kawasan aku di negeri utara. banyak sangat ulamak segera dalam PAS, sampaikan bekas kaki judi dan loteri pun dah jadi ulamak dalam PAS. Ilmu, alim dan ulamak adalah perkataan yang sama. Tak semestinya pandai agama saja boleh jadi pemimpin. Kelayakan ilmu mesti sepadan dengan jawatan yang dipegang. Berilah peluang kepada yang selayaknya. yang penting dia tak langgar syariat islam dan sentiasa amanah. Mana boleh ustaz pondok jadik menteri kewangan. Tu dah kira zalim dalam islam (i.e letak sesuatu bukan pada tempatnya), orang melayu kata.... KEJA BODO. Banyak ahli dan pimpinan PAS buat keja hanya setakat nak ambil nama. Gerakkerja jentera pilihanraya yang semudah ABCD pun tak lancar. Suka sangat nak pegang jawatan tanpa berfikir PAS tak maju kerana ketidak mampuan diri sendiri.

    BalasPadam
  4. Pada pendapat golongan yang bergelar ustaz kononnay perlu belajar berkawan dengan manusia yang berbeza pendapat, saya amat mennyokong pendapat YB Khalid.Saya berpendapat PAS masih relevan dengan YB tetapi geng serban harus keluar dari PAS. Jangan sampai satu masa golongan muda amat membenci golongan yang mengaku ustaz yang saya tengok banyak bercakap tentang sunnah nabi tetapi tidak mengamalkannay. Ustaz sekarang ustaz cintakan habuan dunia.

    BalasPadam
  5. YG PALING BODOH BAGI AKU PUAK2 USTAZ NI IALAH
    1) SELALU MEMBERI NYAWA PADA BN/UMNO DIKALA UMNO/BN DAH NYAWA2 IKAN
    2) BERASA KEMENANGAN BESAR SELAMA INI DLM PRU ADALAH KERANA SOKONGAN ORG DLM PAS SAHAJA. DAN MENAFIKAN SOKONGAN DARI RAKAN PAKATAN
    3) MUTAKAHIR INI HANYA UTAMAKAN HUDUD TAPI TAK BERSUNGGUH2 UTK MENDAPATKAN KEKUASAAN NEGARA
    4) MELEBEL RAKAN SENDIRI DGN GELARAN YG TAK BAGUS BG YG TAK SEHALUAN

    BalasPadam
  6. Ambo sekeluarga isytihar KELUAR PAS.... demo bila lagi...? Berbelas tahun buat kerja untuk pas, akhirnya puak2 celako ni nak join umno..
    tak halal duit keringat ambo selama ni kpd pas kecuali zaman TGNA & G18

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...