Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mac 10, 2015

HOT!!! : POLIS MAHU SIASAT NAJIB..he he he he...

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi menyiasat perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata pasukan itu akan melibatkan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara.

Katanya, kes itu disiasat bawah Kanun Keseksaan.
 
Sementara itu, ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga akan disiasat, Khalid menjawab “ya”.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.

Syarikat pelaburan cetusan ilham perdana menteri pada 2008 itu kini berdepan kritkan hebat pembocor maklumat dan pembangkang.

Ketika asakan memuncak, Najib mengarahkan Ketua Akaun Negara menyiasat akaun 1MDB sebelum diteliti oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

mk

1 ulasan:

  1. POLIS AKAN SIASAT DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERKENAAN DENGAN 1 MDB DAN KEPUTUSAN SIASATAN ITU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA NAJIB UNTUK DI NILAI KEPUTUSAN NYA DAN NAJIB AKAN SALAH KAN DIA SENDIRI ATAU SESIAPA SAJA DI JADIKAN KAMBING HITAM.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...