Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 22, 2015

Hot!!! : Najib akan halang hudud diparlimen...



Rang undang-undang hudud menjadi salah satu isu panas yang dibangkitkan semasa pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan pemimpin parti komponen BN di Parlimen semalam.

Para pemimpin terbabit telah mencapai kata sepakat bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Najib juga mengakui kata sepakat itu bahawa hudud akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.



Bagaimanapun, kata sepakat semata-mata masih mempunyai banyak ruang untuk pentafsiran seperti yang dilihat dalam perjanjian Pakatan Rakyat yang berkecai selepas PAS tetap mahu melaksanakan hukum jenayah syariah itu. Malah pemimpin BN tersebut tidak mahu membuat sebarang tafsiran lanjut mengenainya, dengan menekankan bahawa parti komponen BN telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kanun jenayah sivil sekarang sudah mencukupi.

 Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin parti komponen BN, yang tidak mahu disebut namanya, melihat ini sebagai jaminan bahawa Najib tidak akan membenarkan ia menjadi kenyataan di Parlimen. Mereka berkata perdana menteri juga bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi, bagi menyatakan pendiriannya.

 Najib, yang juga pengerusi BN, bukan sahaja mesti mengimbangi rakan komponen tetapi juga Umno yang telah mengambil pendirian bertentangan dengan apa parti komponen BN mahu. PAS telah pun mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung dengan hudud dalam sidang Dewan Rakyat sekarang.

Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang kini menghadkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah - penjara tidak lebih tiga tahun, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan bagi kesalahan tertentu. Dengan menukar had tersebut, ia akan membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang hudud di Kelantan, yang antara lain, termasuk direjam sehingga mati dan sehingga 80 sebatan.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...