HOT!!! : KESATUAN SEKERJA MALAYSIA GESA KERAJAAN MENANGGUHKAN CUKAI GST..

MTUC

SUBANG JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April ini berikutan tekanan yang akan dihadapi keluarga berpendapatan kurang RM3,500 sebulan.

Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Kishnam berkata, di Malaysia, 65 peratus keluarga masih berpendapatan sedemikian yang dilihat masih rendah ketika ini untuk berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.

“40 peratus gaji pekerja pula masih kurang RM2,000 sebulan. 100 peratus pendapatan (pekerja) tersebut pula hanya digunakan untuk saraan keluarga. Tiada simpanan yang boleh dilakukan kerana gaji hanya cukup untuk perbelanjaan bulanan.


“Disebabkan itu, MTUC merasakan pelaksanaan GST akan memberi kesan signifikan terhadap pekerja, sedangkan kos harian isi rumah tetap meningkat setiap hari,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, pendapatan bulanan yang dilihat stabil dan boleh berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup kini terutama GST adalah RM5,000 sebulan setiap individu.

“Pendapatan RM5,000 sesuai dengan perlaksanaan GST. Tetapi pendapatan seorang bukan satu keluarga.

“Sebab itu kami (MTUC) meminta kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan itu dan berbincang  dengan pihak berkepentingan seperti MTUC untuk mengetahui rintihan rakyat,” katanya.

Tambahnya, apabila GST dilaksanakan, setiap keluarga perlu menambah pendapatan mereka sekurangnya RM200 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian.

“Namun bagaimana mahu mendapatkan pendapatan tambahan itu di kala ketika ini kebanyakan kerja sampingan dimonopoli pekerja asing.

“Sekalipun untuk bekerja separuh masa di pasar raya semuanya telah diambil alih pekerja asing. Oleh itu apabila tiada duit, tiada kerja sampingan, mungkin kes jenayah negara akan meningkat,” katanya.

Satu lagi rungutan dinyatakan Gopal Kishnam ialah, “kredit cukai input” iaitu mekanisme tidak adil apabila pengguna pihak terakhir perlu membayar lebih banyak bagi setiap barangan apabila ada GST.

“Di samping itu, apabila GST dilaksana, 89 peratus dari keluarga di negara ini yang sebelum ini tidak perlu membayar cukai kerana berpendapatan rendah, perlu membayar cukai itu secara tidak langsung.

“Malah mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah,” katanya.

Selain itu katanya, peranan kerajaan yang lemah dalam mengawal harga barang juga dilihat satu lagi bebanan yang perlu ditanggung pekerja berpendapatan rendah justeru perlaksanaan cukai baru ini perlu ditunda sehingga gaji telah dinaikkan.

“Kami telah melihat apabila gula naik 20 sen setiap kilogram, teh tarik di kedai-kedai mamak naik 20 sen secawan. Bagaimana kerajaan pantau semua itu,” katanya.

Gopal Kishnam menambah bahawa MTUC akan mengadakan satu mesyuarat pada 29 Mac untuk menentukan tindakan akan dilakukan untuk melengahkan pelaksanaan GST.

“Kami akan hantar protes kepada Perdana Menteri selepas ini agar GST ditangguhkan ke satu tarikh lain untuk membincangkan terlebih dahulu kesesuaiannya,” katanya.

sh
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes