Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mac 12, 2015

HOT!! : GST TETAP DITERUSKAN KATA MENTERI..


maslan02-M-600x360

Kerajaan akan tetap meneruskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjelang 1 April ini, tegas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. 

Menurut beliau, pelaksanaan cukai yang menggantikan sistem percukaian lama itu akan memberikan manfaat kepada rakyat memandangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini mempunyai banyak kesan buruk.

Malah menurut beliau, kerajaan tekad meneruskan pelaksanaan cukai ini walaupun ada banyak pihak yang mempertikaikannya.


“GST ini akan diteruskan walau siapa pun kata, cukai ini akan tetap diteruskan sebab GST ini yang pentingnya ialah untuk kita mengubah sistem percukaian negara daripada sistem SST yang tidak lagi berkesan dan banyak keburukan,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau enggan mengulas berkenaan laporan portal media tempatan semalam yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan GST demi mengekalkan sokongan rakyat.

“Berkenaan Tun Mahathir itu betul ke beliau cakap begitu? Tidak betul kan….sensitif nak komen berkenaan orang yang sangat saya hormati,” katanya.

Semalam, Mahathir berkata rakyat berhak untuk meminta kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan yang dikenakan melalui cukai.

“Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan… ‘jangan tambah apa-apa cukai lagi’,” katanya bekas Perdana Menteri itu semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan akan menjawab soalan mengenai isu 1MDB kepada tiga bahagian.

Menurut beliau, keputusan ini diambil ekoran terlalu banyak soalan yang diajukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

“Tadi sudah dijawab oleh menteri dan beliau kata akan jawab lagi dua soalan yang mana beliau kata beliau akan pecah soalan 1MDB kepada tiga bahagian.

“Ini bererti beliau akan menjawab dua lagi soalan berkenaan 1MDB dalam sesi ini. Jadi oleh kerana soalan berkenaan 1MDB ada banyak, 20 lebih soalan maka kami di Kementerian Kewangan memutuskan jawapan akan dipecahkan kepada tiga kali jawapan,” tambahnya.

trp



0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...