Ahad, Februari 15, 2015

Hudud amanat terakhir ayah, kata Nik Abduh [ anak TGNA ]

 Hudud amanat terakhir ayah, kata Nik Abduh

KOTA BHARU - [KEMASKINI] “Ayah nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan,” kata Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


...itulah amanat terakhir yang disampaikan oleh Allahyarham kepadanya sebelum beliau meninggal dunia Khamis lalu.
Menurutnya, pesanan tersebut sering kali disebut sehinggalah bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak mampu lagi bercakap seperti biasa sejak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), 19 Januari lalu.
“Semasa di rumah, (pelaksanaan hudud) itulah pesanannya setiap masa, sehinggalah masuk hospital, tapi di hospital arwah tidak cakap banyak kerana selalu keletihan. Dia sebut perkara-perkara mudah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

sh

 http://biz-55.com

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng