SHAH ALAM - Pimpinan PR di negeri ini dinasihatkan tidak terlibat dengan mana-mana program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) memandangkan kerjasama perikatan itu di Selangor adalah baik.
"PR Selangor mempunyai tugas untuk memacu pembangunan negeri ini ke hadapan di samping memberi pembelaan kepada seluruh rakyat dan hanyalah kerjasama yang erat di kalangan parti-parti Pas, PKR dan DAP dapat menjadikan hasrat ini satu realiti," ujar Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad.
Tambah Iskandar, kerjasama baik itu diterjemahkan di kalangan menteri besar dan exco-exco termasuk Adun seperti di dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan.
"Juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di kalangan Ahli-Ahli Majlis. Mesyuarat PR di peringkat negeri juga diadakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan terbaru ini dilihat selepas nama Pasma kembali hangat diperkatakan, terbaru dikaitkan dengan gerakan mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata, sudah lali dengan tuduhan itu, dan menganggapnya sebagai isu yang sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian umum menjelang pemilihan parti yang dijangka pada penghujung tahun ini.
Mengulas lanjut, Iskandar mengingatkan supaya PR di Selangor menumpukan kepada tanggungjawab yang diamanahkan rakyat Selangor.
"Persefahaman PR di Selangor adalah lebih penting. Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab yang besar. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha-usaha memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi," katanya.
"Walaupun adalah hak individu masing-masing sama ada untuk terlibat atau tidak tetapi biarlah isu Pasma ini diselesaikan oleh Pas secara dalaman," tambahnya lagi.
Sinar Harian
yg penyokong2 risau ialah PAS (kumpulan2 UG) ni jadi duri dalam daging dlm PR. So, pengakuan Nasa cukup jelas.
BalasPadambetui tu tembelang dah terbongkaq(UG) dah kang bila tak cakap tentang pasma takut nanti sat ja pj.tak cakap tentang pasma takut nnti dikatakan tak wala' khianati parti.yann aku heran bin ajaib tu yang takut sangat ngan pasma ni pasai pa? cian lak kat ustaz nasa ni dia yang dikambing hitam oleh manusia yang ngaku ulama.baanyak lagi akan terungkai nanti tengok sapa yang akan kena!
BalasPadam