Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 16, 2015

Kematian TG Nik Aziz cetus landskap politik baharu

Wan Azhar Wan Ahmad

KUALA TERENGGANU - Penahanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal membawa landskap baharu kepada sejarah politik negara pada PRU14.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, hukuman penjara terhadap Anwar dijangka mencetus faktor kebangkitan, manakala Nik Aziz pula dilihat sebagai ikon yang sukar dicari ganti.


“Dengan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar, memperlihatkan ada tekanan politik seiring dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang akan bawa landskap baru politik Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai penahanan Anwar, Wan Azhar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Besut berkata, gelombang kebangkitan mendapatkan keadilan untuk Anwar akan berlaku, selain gelombang sokongan rakyat terhadap Pas dan DAP.

Wan Azhar turut menyifatkan penahanan terhadap Ketua Umum PKR itu, dilihat berkepentingan politik.

“Pada zaman Anwar, bangkit pemikiran dilihat sebagai penting terhadap politik negara sehingga wujud PR yang ambil pendekatan ‘Alhulful Fudhul’ iaitu bersama dalam kebersamaan yang wujud dan meraikan perbezaan pendapat dalam PR.

“PR juga ada ikon masyarakat, wujud keperibadian kepimpinan dan ini boleh dilihat dengan pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz yang sukar dicari ganti,” katanya.
sh

http://biz-55.com

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...