NASIHAT : BUAT AHLI PAS DAN BAKAL AHLI PAS
Ajaib PAS terima Umno, keluar Pakatan - Subky Latif
DALAM dialog segera saya dengan PAS yang dihadiri sama oleh Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling, saya ditanya oleh dua orang tentang dua persoalan. Pertama adakah PAS akan bergabung dengan Umno seperti yang banyak diperkatakan sekarang dan kedua, adakah PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat yang juga banyak diperkatakan sekarang? Pada saya ia ada isu ajaib. Kedua-dua isu amat dimimpikan Umno. Sejak muafakat Pakatan wujud tahun 2008, siang malam Umno mendakwa ia hendak sangat Umno dan PAS dipertautkan semula seperti tahun 1973.
Baik masa jaga mahupun masa tidur. Siang ia meraban hendakkan percantuman, malam ia mimpi. Di samping meraban dan mimpinya, ia hendak sangat PAS keluar Pakatan dan tinggalkan DAP. Jika mahu PAS tinggalkan DAP, maka kekallah propaganda Umno sesungguhnya DAP itu dimusuhi orang Melayu di dunia dan akhirat. Jawab saya kepada penyokong PAS Sabah itu, ialah jangan ada dalam kalangan ahli dan penyokong PAS berfikir barang sesaat jua untuk bercerai dengan Pakatan Rakyat khususnya berpisah dengan DAP.
Andainya ditakdirkan terpisah PAS daripada Pakatan, biarlah yang mentalaknya itu Pakatan/DAP. Tidaklah PAS yang menjatuhkan talak itu. Jika PAS ditalak, ia bukanlah pilihan PAS. Apa jua punca talak dijatuhkan, jangan ia dilafazkan oleh PAS. Yang PAS dapat buat jika ia ditalak. Janganlah jadi pihak yang mencerai. Adapun untuk menyertai muafakat politik dengan Umno ia adalah perkara yang ajaib. Tidak boleh sama sekali kita bercakap tidak akan berlaku sama sekali hal itu hingga hari kiamat. Ia hanya akan berlaku dengan kehendak Allah, tetapi amat ajaib jika PAS sendiri memilih untuk berumah tangga dengan Umno.
Entahlah kalau Umno atas sebab apa jua mahu berketuakan PAS. Jika Najib dan Muhyiddin Yasin tiba-tiba jadi penyokong PAS seperti MCA jadi penyokong Umno, maka ia juga adalah suatu yang ajaib. Adakah Umno akan ajaib seperti itu? Apa ajaibnya jika PAS mahu bergabung dengan Umno? Yang Umno siang malam kata hendak sangat bergabung dengan PAS itu justeru apa? Justeru ia terlalu lemah dan adalah parti yang amat lemah. Ajaib ia kiranya ia kuat dan gagah, ia mahu PAS menenggeknya. Apa ajaibnya jika yang lemah menumpang yang kuat?
Ada pun PAS, baik ia lemah mahu pun ia kuat, tidak pernah barang sesaat jua ia hendak bersama dengan Umno. Menjelang PRU 1955, Umno adalah amat gagah. PAS adalah amat lemah. Ia hanya terdaya meletak 11 calon bagi 52 kerusi yang dipertanding. Perikatan – Umno, MCA dan MIC – kalah satu saja dari 52. Yang satu itu ialah PAS. Dalam keadaannya paling lemah dan Umno paling kuat ia tidak mahu berkawan dengan Umno. Maka sekarang PAS bertambah kuat dan memang kuat dan ia akan menjadi bertambah kuat.
Dan Umno pula diketahui oleh semua adalah lemah dan akan bertambah lemah dengan izin Allah. Pada ketika PAS lemah dan Umno kuat, PAS tidak mahu menjadikannya kawan, maka amat ajaiblah kalau PAS yang kian kuat sedang Umno kian lemah, PAS hendak berkawan pula dengan Umno? Amat ajaib jika PAS memilih untuk bersamanya. Adakah politik itu akan bergerak dan berlaku atas sebab-sebab yang ajaib? Ajaib adalah hal-hal yang orang tidak terfikir seperti mukjizat bagi para nabi dan rasul. Apabila yang PAS tidak terfikir, tiba-tiba dilakukannya, ia adalah benar-benar ajaib.
http://gigitankerengga.blogspot.com
Nampaknya penulis artikel tak wala pada UG.
BalasPadam