KUALA LUMPUR, 20 Februari: UMNO didakwa mempunyai agenda tersirat 
untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) yang kononya menjadi 
ancaman terbesar BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS, 
Suhaizan Kaiat sambil menyeru rakyat memahami bahawa strategi sebenar 
UMNO dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka merupakan pepecahan kepada 
PR.
Katanya strategi UMNO melalui 
satu-satunya jalan untuk menyelamatkan BN selepas PR menguasai 51 
peratus undi popular dalam PRU ke 13.
“Maka pelbagai agenda telah dirangka dan 
dilaksana. Antaranya mensensasikan pertembungan PAS dan DAP serta 
pertembungan PAS dan PKR.
“Perbezaan pendirian parti dalam PR 
dipergunakan semaksima mungkin. Maka perbezaan 10 peratus dalam PR 
disensasikan menjadi 99 peratus,” katanya.
Katanya
 alasan menghormati Allahyarham dan menjaga hubungan antara negeri dan 
pusat serta mengelakkan pembaziran yang digunakan UMNO hanya politik 
tersurat.
Jelas Suhaizan, tindakan UMNO membuat 
pusingan U secara tiba-tiba tidak mahu bertanding di Chempaka dilihat 
mempunyai agenda tersirat.
“Supaya kita tidak dianggap lurus bendul, maka kita perlu memahami apa yang tersirat di sebalik strategi terbaharu UMNO ini.
“Politik lurus bendul adalah politik yang bertentangan dengan politik budiman,” katanya yang dipetik melalui Harakah Daily.
Beberapa pemimpin UMNO sebelum ini 
menyatakan pandangan mereka bahawa UMNO tidak perlu bertanding di 
DUN Chempaka berdasarkan beberapa alasan.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan 
kematian penyandang kerusi berkenaan, bekas menteri besar Kelantan, 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, akibat kanser prostat.
Sehubungan itu Suruhanjaya Pilihan Raya 
(SPR) yang bermesyuarat pada Rabu menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh 
mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 
Chempaka.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 
yang lalu, Nik Aziz yang merupakan Mursyidul AM PAS memenangi majoriti 
6,500 undi dan mengekalkan kerusi selama 7 penggal sejak tahun 1986.
trp
IKLAN PENAJA : KEDAI IKLAN ONLINE..BACA IKLAN PUN BOLEH DAPAT BONUS RM400.00 DAFTAR NOW!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...