KOTA BHARU - [KEMASKINI] “Ayah nak walaupun dia tutup mata, hudud kena
buat juga di Kelantan,” kata Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada
bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
...itulah amanat terakhir yang disampaikan oleh Allahyarham kepadanya sebelum beliau meninggal dunia Khamis lalu.
Menurutnya, pesanan tersebut sering kali disebut sehinggalah bekas
Menteri Besar Kelantan itu tidak mampu lagi bercakap seperti biasa sejak
dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), 19 Januari lalu.
“Semasa di rumah, (pelaksanaan hudud) itulah pesanannya setiap masa,
sehinggalah masuk hospital, tapi di hospital arwah tidak cakap banyak
kerana selalu keletihan. Dia sebut perkara-perkara mudah sahaja,”
katanya kepada Sinar Harian semalam.sh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...