BUTTERWORTH, 6 Februari: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian 
melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam 
perkarangan Masjid Telaga Air awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk
 A.Thaiveegan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid 
berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek 
kepada polis.
Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga 
Air, Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada jam 2 pagi 
ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
 
 
 
 
 
 
“Ketika kejadian lelaki itu membaling 
bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan 
melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas 
beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu,” katanya.
Imam Dua Masjid Telaga Air, Mohd Asri 
Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal 
pagi ini bukan pertama kali berlaku.
Beliau berkata dalam beberapa 
kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan 
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit.
“Kami turut membuat majlis bacaan Yasin 
dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi 
berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang 
orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was,” 
katanya.
trp
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...