Khamis, Februari 26, 2015

PECAH!! : UMNO TIDAK IKHLAS KATA AHLI UMNO..kah kah kah kah


 Syed-Rosli-Syed-Harman-al-Jamalulail-600x360

KUALA LUMPUR, 26 Februari: UMNO dinasihat menyelesaikan dan memberi tuntutan royalti kepada rakyat Kelantan terlebih dahulu jika benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat negeri itu.

Perkara itu digesa oleh bekas calon Ketua Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail berikutan keputusan pucuk pimpinan UMNO yang memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.

Menurut Syed Rosli, tindakan itu membuktikan kepimpinan UMNO sememangnya tidak ikhlas membantu rakyat Kelantan.


“Jikalau ikhlas mahu membantu rakyat Kelantan, Kerajaan UMNO harus memberi tuntutan royalti minyak yang setelah berkurun lamanya dituntut oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang bertujuan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat Kelantan itu sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, selain menjejaskan amalan demokrasi, Rosli juga mendakwa PRK juga mampu menjana ekonomi rakyat Kelantan semasa tempoh kempen itu berjalan.

Ini kerana katanya, apabila berlaku perlawanan antara UMNO dan PAS di dalam PRK biasanya akan menimbulkan suasana meriah selain pertembungan yang sengit.

“Dari segi ekonomi pula ini akan menjana pendapatan rakyat tempatan melalui tempahan homestay, teksi, peniaga makanan dan minuman juga. Sebenarnya PRK adalah suatu penjanaan ekonomi yang amat baik,” katanya.

Semalam melalui mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa UMNO tidak akan bertanding dalam PRK DUN Chempaka kerana ingin fokus dalam menyelesaikan misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

trp



1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng