Jumaat, Februari 20, 2015

HOT!! : PEMIMPIN UMNO/BN SUDAH GOYANG KAH KAH KAH KAH...

 Khairul Anwar Rahmat

KUALA LUMPUR - Debat mengenai kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dilakukan kerana hanya hanya membuang masa.

Ketua Sekretariat Perundangan Umno, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, ruang untuk mengadakan perdebatan sudah tertutup.


Beliau berkata, sekarang adalah masa untuk memberi penjelasan di luar mahkamah kerana sudah lebih 16 tahun pembangkang memanipulasi kes itu kononnya konspirasi jahat kerajaan untuk mengenakan Anwar.

"Selama ini Umno tidak boleh menjawab isu tersebut kerana dibimbangi menghina mahkamah (contempt of court). Ini masa untuk menjelaskan segala keraguan yang pernah dibangkitkan pembangkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin sedia untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan  Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung kes liwat II.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.

Khairul Anwar yang juga Pengerusi SukaGuam berkata, Muhammad Shafee tidak melanggar etika kerana beliau hanya membentangkan dan menerangkan fakta kes tersebut kepada orang ramai.

"Kes tersebut dibicarakan secara terbuka, tidak ada rahsia. Perbicaraan sudah tamat, sekarang adalah masa untuk memberi penerangan secara politik agar rakyat lebih jelas yang yang dilakukan oleh Anwar," katanya.

sh

IKLAN PENAJA : KEDAI IKLAN ONLINE..BACA IKLAN PUN DAPAT BONUS RM400..DAFTAR SEKARANG!!

1 ulasan:

  1. memang wajar kes fitnah liwat ini dibicarakan pula secara terbuka didepan rakyat. mahkamah boleh dimanipulasi diugur dan ditekan tp rakyat tak boleh dipaksa hati mereka. biar rakyat menilai endiri betapa kejinya fitnah ini.

    sedangkan pembunuhan altantuy dgn senang umnu kata kes dh selesai. kononnya bila dh dpt kambing hitam utk disembelih maka konon keadilan telah terlaksana terhadap kes altantuya.

    tp mereka lupa kambing hitam itu manusia dan ada pihak yg simpati dan akan bongkar kejahatan dlm kes itu.

    hanya beruk gila saja yg tk percaya adanya konspirasi dlm kes anwar ini.

    JIKA ANWAR IBRAHIM ITU SEORANG PELIWAT TETAPI DIA SEORANG AJK UMNO, MAKA SUDAH TENTU KES INI TIDAK AKAN TIMBUL DAN SAIFOOL TIDAK AKAN UJUD.

    kalau tk caya cuba kaji kes rogol gadis melaka, kes mustakizah dan kes norita.

    semua kejahatan akan terbongkar secara evolusi, tk percaya tgklah apa perancangan Allah nanti

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng