Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 23, 2015

HOT!! : adakah 18 Mac tarikh PAS terkeluar dari Pakatan? [ada pendapat admin]

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP.

Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.

“PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan,” kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal.
 
mk
 
admin : Dalam isu ini..admin berpendapat, adakah PAS sudah membentangkan kepada pakatan rakyat apa yg dirancang utk membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac..
 
jika ya..teruskan...kerana PAS sudah memohon izin walaupun tidak diterima oleh DAP dan PKR..kerana tidak menyalai undang2 negara bahkan dalam Islam...
jika belum...tidak patut PAS membelakangkan Pakatan Rakyat..Sebagai Parti Islam PAS perlu mencontohi akhlak yang baik dan terpuji yang apa Nabi kita ajar kepada kita. PAS perlu dulu menhormati rakan dalam PR sebelum bertindak bersendirian walaupun dalam bab hudud ini...kita nak buat perkara baik...tapi dengan cara menipu kawan itu pun tak betul juga...sia-sia sahaja...
 
Kita jaga hati orang dulu....Inysa Allah, Allah akan permudahkan kerja baik yang kita buat...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...