Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 02, 2015

BERITA PAGI : CADANGAN YANG BAIK UNTUK PEMIMPIN NEGARA..TAK BUAT JADI MUNAFIK..

Mohd Azmi

SHAH ALAM - Gaya hidup pemimpin negara perlu dimasukkan sebagai salah satu komponen yang akan diukur dalam Indeks Syariah Malaysia yang akan dilancarkan 10 Februari ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini bagi menunjukkan kesungguhan pihak pemerintah mengetengahkan syariah sebagai sistem hidup yang menyeluruh.

Katanya, kerajaan juga digesa beri keutamaan meminda peruntukan undang-undang yang menghalang perlaksanaan hukum syariah ketika mengetengahkan Indeks Syariah itu.

"Tanpa kedua-dua perubahan ini, Indeks Syariah hanya menjadi retorik yang tidak bawa kesan kepada kehidupan rakyat di negara ini.

"Adalah suatu kejanggalan jika maudhu’ syariah diuar-uarkan pemimpin negara, namun budaya hidup membazir dan bermewah-mewahan diamalkan ahli keluarga pemimpin sendiri yang bercanggah dengan syariah," ujarnya.

Katanya, kemahuan masyarakat Islam negara ini untuk melihat perlaksanaan undang-undang syariah tidak dapat disangkal lagi apabila tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013 mendapati peratusan besar orang Islam di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi negara mereka tetapi cuma dilaksana ke atas penduduk Islam sahaja.

Menurut tinjauan itu, 86 peratus penduduk Islam di Malaysia dan 72 peratus di Indonesia yang ditemu bual dalam tinjauan mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.

Selain itu katanya, jika kerajaan serius memajukan syariah di negara ini, bidang kuasa serta status mahkamah syariah perlu disemak semula bagi menaik taraf dan mengangkat martabat syariah.

sh

http://biz-55.com

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...