Rabu, Oktober 01, 2014

Berita Tengahari : PAS Wilayah terkilan dengan MB Baru Selangor..

 
KUALA LUMPUR: PAS wilayah Persekutuan melahirkan perasaan kecewanya apabila bilangan exco PAS Selangor dikurangkan daripada empat kepada tiga selepas pelantikan MB baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, dalam satu kenyataan ringkasnya. Pada masa yang sama PAS Wilayah juga mendesak agar portfolio agama untuk PAS dikekalkan.

Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Lajnah Politiknya yang pada 30 September 2014M bersamaan 5hb Zulhijah 1435H. Antara ketetapan yang telah diambil ialah:

1. Terkilan dengan tindakan mengurangkan jumlah bilangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipegang oleh PAS sebelum ini iaitu sebanyak 4 Exco kepada hanya 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia bertentangan dengan semangat pemuafakatan Pakatan Rakyat dan menimbulkan elemen provokasi yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat.

2. PAS Wilayah Persekutuan juga turut mendesak supaya Portfolio Agama yang dipegang oleh PAS sebelum ini dikekalkan untuk diwakili oleh Parti Islam SeMalaysia PAS.

Sebarang penyerahan kepada pihak lain bakal mengundang pelbagai tafsiran yang mengeruhkan keadaan dan pemuafakatan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya juga Mohamad Noor membayangkan akan wujud perasaan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran baru.

“Kami percaya ahli PAS bukan sahaja akan kecewa terhadap tindakan merampas portfolio tersebut bahkan ianya akan menghilangkan kepercayaan kepada pentadbiran baru yang dipimpin oleh Menteri Besar sekarang.

“Usahlah membangkitkan provokasi melampau sehingga mencalarkan kewibawaan kami sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak 1951 ini.” Ujar Mohamad Noor.

Selepas PRU13 yang lalu PAS memperoleh empat kerusi exco, DAP tiga dengan seorang Speaker, sementara PKR tiga exco, seorang timbalan speaker, seorang menteri besar.

Kedudukan ini berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu iaitu PAS dan DAP 15, sementara PKR 14.

hd

3 ulasan:

  1. Sudah.....sudah...sudah.... Apa nak terkilan-terkilan lagi. Fokus kepada kerja-kerja untuk kepentingan rakyat. Kurang satu exco pun patut sebab yang 2 itu nak kata PAS macan tak PAS. Kan katanya PAS pusat dah setuju.

    Jangan risau dengan jawatan duniawi. Sementara jer tu.

    MB Azmin sedang berusaha memperkukuhkan PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti tubuh sejak 1951.. tapi pemikiran masih tak matang.. tengok lebai hadi cakap banyak berdalih.. tu tak macam budak budak ke?.. budak budak pun tahu kecik hati?.. cakap macam lembu

      Padam
  2. sudah...sudah...sudah. jangan bikin orang meluat pada kamu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng