Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 16, 2014

Berita Petang : 'Tinggal 3 kali solat Jumaat boleh dipenjara'



Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata lelaki Islam yang berakal baligh yang dikesan meninggal solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut di negeri itu boleh dihukum penjara sehingga setahun.

Katanya, mereka yang tiada alasan munasabah meninggal solat itu boleh didakwa mengikut Seksyen 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan sekali seminggu.

"Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," kata exco pembangunan Islam, dakwah dan hubungan seranta Kelantan itu seperti dilapor akhbar tersebut.

Beliau menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) dalam sidang DUN Kelantan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap remaja yang lalai menunaikan solat fardu dan Jumaat.



Dalam laporan itu juga menyebut, Nassuruddin berkata sesiapa sahaja termasuk imam dan ahli jawatankuasa masjid boleh membuat aduan terhadap individu yang gagal menunaikan solat itu  dengan mengisi borang sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya lagi, bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan JAHAEIK akan menyiasat dan berbincang dengan imam supaya mengarahkan individu itu menunaikan solat di masjid itu dan diberikan sebuah buku kecatatan kehadiran.

"Imam yang dipertanggungjawabkan akan mencatatkan kehadiran individu itu. sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan (pendakwaan) akan diambil," katanya dipetik.

Laporan itu juga menyebut, Nassuruddin yang ditemui kemudiannya berkata dua faktor yang menyebabkan seorang individu yang didakwa di negeri itu iaitu semua lelaki menunai solat Jumaat atau tiada aduan dibuat.

ADUN Meranti itu juga sedia menimbang cadangan Wwan Ubaidah berhubung jawatankuasa pemantau wanita bagi memantau lelaki yang tidak menunaian solat Jumaat. 

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...