Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 30, 2014

Politik : Tidak perlu Pasma, tiada sebab Pasma ini wujud.

Hanafiah

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa hampir seluruh rakyat Terengganu terutama penyokong Pas menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Menurutnya, kesemua mereka faham hanya Pas yang bersama-sama PR dan tidak perlu bergantung pada mana-mana saluran selain parti itu dalam menjayakan matlamat mengukuhkan PR di negara ini.

Beliau berkata, pendirian parti dalam Muktamar Tahunan Pas cukup jelas apabila Pas sebulat suara memutuskan bahawa parti itu tetap bersama PR dan tidak akan menjalin sebarang gabungan dengan Umno dan BN.

“Jadi, tiada sebab Pasma ini wujud. Kita anggap Pasma ini macam antah beras. Langsung tidak memberi ancaman kepada Pas, hanya kedengaran suara-suara sumbang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hanafiah menjelaskan bahawa di pihak Pas, ahlinya komited dengan perjuangan parti itu dan bersedia membantu dalam apa juga bentuk untuk membangunkan parti sama ada melalui tenaga, masa dan wang ringgit.

Mengulas mengenai PKR Terengganu yang mempunyai pandangan berbeza mengenai Pasma apabila mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) itu di negeri ini, Hanafiah tidak menolak keadaan itu berlaku kerana Pasma tidak menyerang kepimpinan PKR dan DAP.

Sebaliknya, pimpinan Pasma itu hanya menjadikan pimpinan Pas sebagai sasaran, sedangkan pemimpin NGO itu juga adalah ahli Pas.

“Dia hanya kritik pimpinan Pas sahaja. Kita pernah tanya Pasma kenapa dia tidak kritik kepimpinan PKR dan DAP tetapi dia tidak boleh jawab. Sebab itulah PKR alu-alukan sebab Pasma tidak kritik pemimpin mereka. Kalau Pasma kritik baru mereka tahu,” katanya.

Beliau turut yakin Pasma akan terkubur begitu sahaja kerana tiada alasan lagi Pasma ditubuhkan selepas Pas memuktamadkan bahawa parti itu tetap bergerak bersama PR.

Sedangkan Pasma diwujudkan kerana pihak terlibat tidak berpuas hati dengan pendekatan pimpinan utama Pas dalam krisis di Selangor dan sebagai satu platform kepada ahli-ahli parti itu yang mahu bersama-sama PR sekiranya Pas mengambil tindakan mengejut untuk keluar dari PR.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...