"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.
"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.
Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.
Desakan supaya mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka turut diusulkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut amalan biasa, apabila sesuatu kes itu diangkat kepada Mesyuarat PAS Pusat, maka kes tersebut tidak perlu lagi melalui jawatankuasa disiplin parti.
"PAS Pusat ada bidang kuasa tersendiri untuk membuat apa-apa keputusan berkait tindakan disiplin terhadap anggota parti," katanya.
hd
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...