Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 22, 2014

Dipertimbangkan : Cadangan Fiqh Jihad dimasukkan dalam sistem pendidikan negara - Mufti Kuala Lumpur


Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri

SHAH ALAM - Kefahaman mengenai 'fiqh jihad' itu mestilah jelas sebelum ia boleh dijadikan sebagai subjek pembelajaran di peringkat sekolah bagi mengelakkan pelajar Malaysia terlibat dengan gerakan kumpulan militan yang berselindung di sebalik kalimah jihad dan Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata, cadangan itu juga dalam usaha memberi kefahaman tentang tuntutan jihad yang sebenar dalam Islam tidak akan memburukkan keadaan yang kini menjadi ancaman negara.

"Tidak semestinya macam itu, pertama sekali kefahaman tentang maksud jihad mesti jelas.

"Bila ia (maksud jihad) disalah tafsir, kita juga terikut-ikut tersalah tafsir, kena cari pihak berkuasa yang faham.

"Cuma yang jadi masalah sekarang ini penggunaan istilah jihad itu telah dimanipulasi dan digunakan secara sewenang-wenangnya, dengan menyatakan mereka sebenarnya yang berjihad dan tersasar dari mafhumnya," katanya kepada pemberita selepas Wacana Sinar Harian ke-32 yang bertajuk 'Kumpulan Islamic State (IS): Jihadis atau Militan? di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Akademik serta Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik yang mencadangkan supaya Fiqh Jihad dimasukkan dalam sistem pendidikan negara dalam membendung kegiatan militan dan keganasan di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli menambah, cadangan itu perlu dipertimbangkan sewajarnya sebelum dijadikan mata pelajaran di sekolah.

"Kita boleh bincang (figh jihad)...boleh tengok apa maksud sebenarnya.

"Bahkan kalau kita tengok sejarah Nabi, kita ada perang Badar, perang Uhud, dalam saat sama, kita ada pembinaan kota Madinah, jadi konsep ini cukup luas.

"Sebab itu sahabat kita dalam ekonomi pun jihad, hendak membasmi kemiskinan itu jihad, dari konsep yang cukup luas untuk membela agama ALLAH, meninggikan syiarnya semata-mata kerana ALLAH dan untuk menjadikan seluruh kehidupan tenang selesa dan harmoni," katanya lagi.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...