Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 14, 2014

Berita Pagi : Saman trafik pengunjung kuliah TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran Ilmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014.

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk Shaary [PAS-Bachok] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga meminta menteri berkenaan menyatakan sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah.  

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ali-ahli parlimen PAS yang kain hari ini seperti di bawah.

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri  menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.  

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah ada garis panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai pertandingan.  

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka berkhidmat sebelum ini.   

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah yang diambil untuk meningkatkan penerangan kepada masyarakat mengenai penyakit denggi yang kian menular di negara kita.  

Dato' Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan baru-baru ini.  

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.  

Dato' Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Jawatankuasa Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan “bufferstock” beras negara.

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui „stop work order‟ dari Kementerian.  

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadangkan untuk dimansuhkan.

hd

3 ulasan:

  1. Bodohnya Soalan Pembangkang nieh yeah

    BalasPadam
  2. Polis Trafik Tua Yang Benci Islam'
    Setiap kali ada program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang melibatkan ramai orang dan kesesakan lalulintas,datanglah polis trafik tua ini dan meletakkan notis saman di kereta-kereta. Beliau akan datang dipertengahan program, kuliah atau ceramah setelah orang tidak ramai melihatnya. Ini termasuklah program resmi kerajaan negeri.
    Saya rasa inilah yang dimaksudkan oleh MP Ahmad Marzuk Shaari di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majoriti anggota polis trafik di Kelantan menjalankan tugas mereka dengan jujur. Ini mungkinlah satu-satunya anggota yang terlalu taksub dengan UMNO yang menjadikan tindakannya "akibat nila setitik rosak susu sebelanga"...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...